Thursday, 4 February 2016

PART 3

Sambungan Part 2!
Ainul Tania mendengar nada notificationnya yang menandakan seseorang memberinya mesej di Media Sosial. Siapakah gerangan yang memberi mesej itu? Mungkin Admin Beauty & Health yang begitu marah terhadap Ainul kerana bermulut celopar? Mungkin juga.. emm siapa ya? Saksikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 3!



Baru sahaja Ainul Tania menekan butang on di belah kanan Samsungnya, dia sudah menghembus nafas lega. Rupanya mesej daripada Koggy di WhatApps

Koggy Bear : Sorry weyh, aku tak perasan ws kau, fyi permohonan aku diterimaaaa!!! Maigoodddd weyhhh i can't breathinggg!! OMG OMG!! 

Ainul : Tu je? k. Bukannya nak tanya apa yang aku benci. dahla kau, sape lah aku ni :') 

Koggy : Aloo babe, sorryla Nia sayang..I cuma..excited.. u knoww..

Ainul : k. tbh, ur dp very disgusting..

Koggy : Disgusting? r u sure? Tu I dengan resume kerja I tau!! U ni!! Tu muka teruja okay??

Ainul : your TERUJA make me muntah yang rainbow kaler tu hah

Ainul hanya tersenyum sinis, memang itu benda biasa kalau dia berchatting dengan Koggy

"Nia!! Niaa!! Sini kejap" jerit Puan Faridah di tingkat bawah

Ainul Tania pun meletakkan Samsung Note 4 nya di poket 

"Okayy Ma!" lalu segera mencapai selendang merah pemberian rakannya, Koggy.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Ainul Tania mempunyai perasaan aneh apabila melihat album-album gambar keluarga mereka bercuti. 
"Mama tak pernah nak tunjuk-menunjuk orang cuti pergi mana semua.. ni lain pulak.. haishh" 

 Encik Azman, Puan Faridah, dengan tetamu wanita yang langsung tak dikenalinya bergelak tawa berkekek-kekek. Macam ada benda yang best. Tapi, kadang-kadang kita tak menyangka jugak, benda yang best tulah yang jadi tak best! Puan Faridah pula  melambaikan tangan supaya Tania 

"Pergi buat air lagi" ujar Puan Faridah dengan kadar berbisik di telinga anaknya

Ainul Tania hanya ke dapur dengan niat untuk membancuh Teh. Tiba di dapur, dia melihat dalam 3-4 bungkusan polystrne yang diletak karipap air tangannya bertaburan di tepi dapur. 

"Ramai ke kawan Mama yang datang tadi? Ada jamuan ke ape hah?"

Telah siap air Teh buatan tangannya. Lalu, dia terus membuka fridge dan menggoreng lagi setengah dozen karipap yang dibuatnya. Telah menjadi hobinya membuat karipap.  Setelah digoreng, Ainul menghantar ke ruang tamu dengan cermat. Dia taknak dimalukan




Baru sahaja Ainul Tania mahu menuangkan Teh daripada teko, dia mendapat aura negatif melalui cara pandangan kawan Mamanya.

Usai sahaja Ainul Tania menuang teh ke cawan, dia meminta diri untuk ke dapur sambil memeluk dulang. "Jemputlah minum..makcik, mama, papa"

Makcik itu tersenyum..Senyum dia ungkap seribu makna bagi Ainul Tania...senyum..senyum gatal!!!

Setelah ke dapur, Ainul mengintip kawan Mamanya dari dinding dapur. Ingin memastikan kawan Mamanya itu tidak menjual produk tak berguna ataupun menawarkan pelaburan Skim Cepat Kaya.. Eyyy mohon simpang.. Sedang Ainul Tania syok menghendap Puan Faridah, Encik Azman dan tetamu itu, perutnya berasa sungguh sakit dan kadang memulas minta diisi. Yela, dari tengah hari tadi, dia baru nak lunch, ada tetamu. Bagi Ainul Tania, dia memang malas nak hadap tetamu lebih-lebih lagi jika tetamu itu kawan Encik Azman dan Puan Faridah. 

Sudah pukul 5.45 petang..Aduhaii gastrik ni time camni kau datang, aku dahla malas nak pergi makan. Ni kawan Mama tak pernah duduk lama-lama berborak. Kalau kau tidur sini memang nak kena. Sampai malam lah aku tak makan. 

'gruuu...gruuu...' sekali lagi perut Ainul Tania sudah melalak minta diisi.

"Eyyy.. mengada-ngada lah kau ni! Baru tak makan kejap da berbunyi" rungutnya sendirian

Baru sahaja Ainul Tania memusingkan badannya untuk ke dapur. Dia berlanggar dengan seorang manusia yang badan keras macam batu. Badan Ainul Tania seperti melantun, air panas di dalam kettle kaca itu juga turut terjatuh sama... dan... prangggggkkkk... bunyi kaca pecah dan bunyi suara orang menahan kesakitan. 
Puan Faridah. Encik Azman dan Puan Wahida mendengar bunyi-bunyi pelik itu, lalu segera ke dapur. Melihatkan tangan Ainul Tania melecur dek kerana air yang mendidih dan...

Siapa dia manusia yang badan sekeras batu seperti ungkapan Cik Karipap ni? Nantikan!



0 comments:

Post a Comment

 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates