Saturday 6 February 2016

PART 6

Sambungan Part 5!

Apa yang akan berlaku? Adakah Puan Wahida dan Puan Faridah tetap mengetuk pintu itu? Mungkin juga Encik Azman sudah pulang dari kedai? Tidak mungkin Danny dan Ainul Tania hanya membiarkan ibu-ibu kesayangan mereka mengetuk pintu selagi belum roboh. Semuanya ada di dalam Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 6! Saksikan!


“Gedebukkkk” bunyi benda jatuh-pecah-sewaktu dengannya
“Ya Allah! Mama!” jerit Ainul Tania
“Mummy!” jerit Daniel, dalam nada serentak Ainul Tania

_____________________________________________________________________________
“Anak-anak injured, emak-emak dia pun nak injured sama. Ni bukannya filem hindustan asyikkan nak sama je semuanya” bebel Encik Azman yang sedang menyapu luka pada bahagian lutut isterinya
“Mummy, kenapa buat Danny camni? Kitorang tak lock pun pintu tu” ujar Daniel yang sambil memeluk tubuh.
“Kami RISAU! Kamu budak-budak apa tahu?” jerit Puan Faridah dan Puan Wahida serentak bersama
“Apa yang nak dirisaukan kamu ni? Terang-terang dorang kata, tak lock pun pintu tu”
“Abang, ibu mana yang tak risu kalau anak dia boleh diapa-apakan. Lagi-lagi anak perempuan, tunggal pulak tu” bebel Puan Faridah pula. Ainul Tania memang da biasaa dengan perangai kedua ibu-bapanya. Kaki bebel.
Sedang mereka berborak kosong, laungan Azan Asar kedengaran, Ainul Tania meminta diri untuk ke biliknya, bagi menunaikan Solat Fardhu Asar. Stop stop! Jangan ingat 'ohh baiknya budak ni solat awal waktu' sbrnya dia pun sama jugak acam kita solat lambat waktu tapi tak tau lah kenapa dia dah insaf. :/  
____________________________________________________________________________
Usai membaca doa,  Ainul Tania membuka telukung dan melipat sejadah birunya. Baru sahaja Ainul Tania ingin keluar daripada biliknya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat satu mesej

“Siapa yang rajin mesej petang-petang ni. Koggy? Memang confirm dia tengah berdengkur kat rumah”
Ainul Tania segera mendapati telefon bimbitnya itu.
Baru sahaja Ainul Tania ingin membuka button lock di sebelah kanan telefon bimbitnya, Puan Faridah menjerit terlolong, “Niaa!! Dorang nak balik! Turun cepat, salam!”
Terbatal terus niat suci murni Ainul Tania. Ainul Tania turun ke bawah dengan segera. Hatinya rasa tak puas hati “Kenapa nak balik? Duduk la lama sikit”
Ainul Tania menyalam Puan Wahida ,
“Jaga diri baik-baik nanti Aunty datang lagi, dengan semua ahli keluarga Aunty” kata Puan Wahida sambil tersenyum sinis.
Dia tidak tahu ingin memberi respon yang bagaimana. Jeling? Senyum? Huh, TAK PAYAH DTG LAGILAH!
_____________________________________________________________________________
Ainul Tania melihat sahaja kereta Audi itu berlalu pergi. Dalam hatinya berkata.

“Eleh, berlagak je. Nak menunjuk! Benci! Benci!”
“Dahla Nia, yang pergi biarlahkan pergi, yang bersepah kat dapur tu janganlah dibiarkan!” perli Puan Faridah
“Yela..”
Ainul Tania hanya mendengus kegeraman ketika membersihkan kaca-kaca yang berselerak di dapur.
“Bukannya Nia yang buat, tu hah! Si anak Tan Sri yang pecahkan! Suruhlah dia ganti! Meluat”
Sedang Ainul Tania membersihkan kaca yang bertaburan di lantai.
usai Ainul Tania menyapu kaca yang pecah itu, perutnya berbunyi mintak diisi, hampir 24 jam perutnya tidak diisi lagi.

Ainul Tania bergerak ke meja makan, dan...

"Auchhhhh!!!!!!"



"Kenapa Nia???" jerit Puan Faridah daripada tingkat atas

" Mama datanglah sini, nanti kalau Nia dah pergi mama tak sempat nak tengok" 


" Amboi kamu kata kamu nak pergi macam da banyak sangat amalan nak dibawa ke akhirat. Jangan ingat karipap kamu nak tolong kamu nanti kalau asyikkan perangai mengada-ngada macam ni. Solat akhir waktu, lepas Subuh tidur, eyy kalau Mama lah taknak mama jadikan kamu menantu, entah apalah perangai baik kamu sampai Wahida terpikat nak jadikan menantu " bebel Puan Faridah

"Apa ma? Siapa nak jadi menantu?" celah Ainul Tania

"Tak de siapa! Ni mana yang luka ni?" 

"dekat tapak" 

Puan Faridah segera mengapai first aid kit yaang tidak jauh darinya...
_____________________________________________________________________________

Ainul Tania menaiki anak tangga satu persatu dengan bantuan ibunya, Puan Faridah.

"Itulah lain kali sapu betul-betul jangan main jalan je, tengok sekarang siapa yang susah?"

"mama jugak...." sambung Ainul Tania, memang itu sahaja ayat yang digunakan Puan Faridah.

_____________________________________________________________________________

Ainul Tania membaringkan dirinya terkujur di atas katil. 

"Dah, jangan banyak gerak, nanti luka susah nak cantum"

"mama..terima kasih" ujar Ainul Tania perlahan

"Yelah.."

*pintu biliknya ditutup*



Ainul Tania hampir terlupa akan mesej yang menarik perhatiannya tadi. Siapa sebenarnya yang menghantar mesej itu? Mungkin Koggy, boleh jadi juga mesej daripada Admin Beauty & Health.  Nantikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 7 AKAN DATANG!!

Thursday 4 February 2016

PART 5

Sambungan Part 4!
Baju? Jadi baju apakah yang diminta ganti rugi oleh si mamat K-Poh ini? mengapa asyik ditanya Ainul Tania baju? Mahal sangat ke bajunya? Tidak mengapa ibu-ibu mereka tinggalkan mereka di dalam satu bilik? Apakah yang akan berlaku? Daniel marah? Saksikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 5!


"Aku tak kira! Aku nak kau ganti jugak!! Mahal la bodoh baju tu! Imported!"
“Kau dengar ni, aku baru bangun, so kepala aku pening, datang pulak kau, tetiba kau cerita pasal baju, kau fikir aku kesah?” tanya Ainul Tania dengan geram
Daniel mengecilkan matanya, dan merenung tajam tepat ke arah biji mata Ainul Tania dan bertanya “betul kau tak ingat apa-apa?”
“Ap-apahal ka-ka-kau nak pandang aku camtu?” ujar Ainul Tania dengan gagap. Dia tidak pasti apakah yang difikirkan oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu
“Aku tanya soalan mudah, betul ke, kau tak ingat apa-apa? sampai kau terlantar bagaikan orang nazak?”
“Kalau aku ingat pun kenapa?” tanya Ainul Tania, menganggap ia sesuatu yang remeh temeh
“Aku tanya kau jawablah perempuan! Bukannya aku tanya kau tanya” jerit Daniel dengan kuat

Tiba-tiba pintu bilik Tania bagaikan ditolak dengan kuat, padahal tak kunci pun
Puan Faridah dan Puan Wahida terjerit daripada luar                                                                                                                           

“Oiii, oiiii apa yang berlaku tu?”
“Aduhai anak akuu.. korang janganlah buat macam-macam”
“memang kami da restu tapi bawak-bawakkan bersabar”
“bukaklah pintu ni Danny anak Mummy”
“Wahida, kau tengoklah anak jantan kau dah buat apa niii?”
“Janganlah salahkan anak aku,, entah-entah anak kau yang menggedik dulu oiii”

Ainul Tania dan Daniel berpandangan antara satu sama lain

 “Mak kau ke tu?” tanya Daniel sambil mengangkat kening kirinya
“Entah.Tak kenal. Mak aku baik, tu bukan Mak kau ke?”
“Bukan jugak” jawab Daniel, lalu menolak sofa kecil milik Ainul ke sebelah katil dan duduk di atas sofa kecil itu sambil menghirup segelas air mineral
“Oii, tu air aku. Kau ni memang ada yang kurang betul lah!”
“Kurang apa? Kurang apa? Cakaplah!”
“Kurang ajar! Hahahahaahahaha”

Dorang masih boleh lagi bergelak tawa, sedangkan emak-emak mereka sedang merisaukan keadaan dorang

Tiba-tiba..

Nantikanlah! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part ke 6 hehehe

PART 4

Sambungan Part 3
Terkejut? Suspen? Apa yang berlaku? Tak berapa Faham? Semuanya berjawab di Part 4. Kettle yang berisi air panas pecah? Jadi siapa yang injured? Siapa kah gerangan si batu yang melanggar Ainul? Atau mungkin terlanggar dan berlanggar? Huh? Apakah? Anda suspen? Saya lagi suspen. Semuanya ada di Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 4! SAKSIKAN!



Puan Faridah, Encik Azman dan Puan Laila segera ke dapur ingin melihatkan apa yang berlaku.

"Subhanallah! Danny!! Niaa!!" jerit Puan Faridah apabila melihat Ainul Tania terbaring pengsan dan belakang pinggang Ainul Tania terletak kemas tangan Danny yang sedang terbaring meraung kesakitan. 

"Mummy...Auchh.." jerit Daniel sambil tangan kanannya terkapai 

"Menantu aku!!!!!!!" jerit Puan Laila dengan nada kerisauan melihat Ainul Tania.
_________________________________________________________________________________

Ainul Tania cuba membuka matanya perlahan-lahan. Entah cahaya mana yang membuat matanya sakit. Ainul Tania segera membuat reaksi sakit dengan comel, dan entah torchlight yang datang dari mana terjatuh ke muka Ainul Tania. 



"Woiii!! Siapa yang baling torchlight ni SETANN??!!!" jerit Ainul Tania

Mulutnya segera dicekup sehingga tidak dapat bersuara

"Diamlah perempuan! Aku tengah culik kau ni" ujar secara tegas tapi dengan perlahan

"Hah? Culik? Mama!!!! Papa!!!! Tolong Niaa!!" terlolong Ainul Tania sambil meronta namun tangan lelaki itu saja sudah berat baginya untuk menolak

"Apa terjerit-jerit ni? Takkan Mama pergi tandas sekejap pun tak boleh?" ujar Puan Faridah sambil menutup pintu tandas di bilik Ainul Tania

Sebaik sahaja Puan Faridah ke katil anaknya, melihat Ainul masih mamai

"Nia da sedar? Macam mana okay tak?" tanya Puan Faridah lembut, duduk di penjuru katil
"Maa..kepala Nia..pening" ngadu Ainul Tania sambil meletakkan kepalanya di peha ibunya

Puan Faridah amat kenal dengan kemanjaan anaknya.. 

"Eh kamu pun ada Daniel? Mummy kamu tahu kan bilik tetamu kat mana?"
"Tahu Aunty, Daniel dah tunjuk tadi,ni.. Mummy nak pinjam telukung..Mummy suruh Daniel ambilkan." ujar Daniel sambil tersenyum baik, seperti tiada apa yang berlaku

"Yela, kamu tolong jagakan Nia kejap, nanti dia sedar betul-betul panggilkan Aunty, takpun kamu je yang bagi Nia makan ubat ni.."

"baik Mama..eh Aunty.." gurau Daniel

Sebaik sahaja Puan Faridah menutup pintu bilik.. Ainul Tania cuba untuk duduk.  

"Auchhhh! Asal tangan aku sakit ni??" jerit Ainul Tania
"Kau kena kaca kat dapur tadi" ujar Daniel perlahan sambil menolong Ainul Tania duduk
"Oh yeah? Then kau siapa? Doctor aku? ke NURSE??" ejek Ainul dengan buat mimik muka
"Bukanlah bodoh! kau tak perasan ke aku pakai baju apa tadi dengan sekarang?"  
"tak?" jawab Ainul Tania ringkas, sebab dia memang tak ingat apa
"kau langsung tak ingat? sure??" tanya Daniel sekali lagi minta kepastian
"haaa!! errr tak! yang aku ingat batu-hitam-keras-jatuh"
"arghhhh nevermind. yang penting aku nak kau bayar baju aku"
"baju kau apa ni setan nirojimmm??" 
"Baju! Baju!! Baju AKUUU LAA SETAN!!" 
Baju jenis apakah yang dikatakan oleh Daniel itu? Nantikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 5!

PART 3

Sambungan Part 2!
Ainul Tania mendengar nada notificationnya yang menandakan seseorang memberinya mesej di Media Sosial. Siapakah gerangan yang memberi mesej itu? Mungkin Admin Beauty & Health yang begitu marah terhadap Ainul kerana bermulut celopar? Mungkin juga.. emm siapa ya? Saksikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 3!



Baru sahaja Ainul Tania menekan butang on di belah kanan Samsungnya, dia sudah menghembus nafas lega. Rupanya mesej daripada Koggy di WhatApps

Koggy Bear : Sorry weyh, aku tak perasan ws kau, fyi permohonan aku diterimaaaa!!! Maigoodddd weyhhh i can't breathinggg!! OMG OMG!! 

Ainul : Tu je? k. Bukannya nak tanya apa yang aku benci. dahla kau, sape lah aku ni :') 

Koggy : Aloo babe, sorryla Nia sayang..I cuma..excited.. u knoww..

Ainul : k. tbh, ur dp very disgusting..

Koggy : Disgusting? r u sure? Tu I dengan resume kerja I tau!! U ni!! Tu muka teruja okay??

Ainul : your TERUJA make me muntah yang rainbow kaler tu hah

Ainul hanya tersenyum sinis, memang itu benda biasa kalau dia berchatting dengan Koggy

"Nia!! Niaa!! Sini kejap" jerit Puan Faridah di tingkat bawah

Ainul Tania pun meletakkan Samsung Note 4 nya di poket 

"Okayy Ma!" lalu segera mencapai selendang merah pemberian rakannya, Koggy.

Sampai sahaja di tingkat bawah, Ainul Tania mempunyai perasaan aneh apabila melihat album-album gambar keluarga mereka bercuti. 
"Mama tak pernah nak tunjuk-menunjuk orang cuti pergi mana semua.. ni lain pulak.. haishh" 

 Encik Azman, Puan Faridah, dengan tetamu wanita yang langsung tak dikenalinya bergelak tawa berkekek-kekek. Macam ada benda yang best. Tapi, kadang-kadang kita tak menyangka jugak, benda yang best tulah yang jadi tak best! Puan Faridah pula  melambaikan tangan supaya Tania 

"Pergi buat air lagi" ujar Puan Faridah dengan kadar berbisik di telinga anaknya

Ainul Tania hanya ke dapur dengan niat untuk membancuh Teh. Tiba di dapur, dia melihat dalam 3-4 bungkusan polystrne yang diletak karipap air tangannya bertaburan di tepi dapur. 

"Ramai ke kawan Mama yang datang tadi? Ada jamuan ke ape hah?"

Telah siap air Teh buatan tangannya. Lalu, dia terus membuka fridge dan menggoreng lagi setengah dozen karipap yang dibuatnya. Telah menjadi hobinya membuat karipap.  Setelah digoreng, Ainul menghantar ke ruang tamu dengan cermat. Dia taknak dimalukan




Baru sahaja Ainul Tania mahu menuangkan Teh daripada teko, dia mendapat aura negatif melalui cara pandangan kawan Mamanya.

Usai sahaja Ainul Tania menuang teh ke cawan, dia meminta diri untuk ke dapur sambil memeluk dulang. "Jemputlah minum..makcik, mama, papa"

Makcik itu tersenyum..Senyum dia ungkap seribu makna bagi Ainul Tania...senyum..senyum gatal!!!

Setelah ke dapur, Ainul mengintip kawan Mamanya dari dinding dapur. Ingin memastikan kawan Mamanya itu tidak menjual produk tak berguna ataupun menawarkan pelaburan Skim Cepat Kaya.. Eyyy mohon simpang.. Sedang Ainul Tania syok menghendap Puan Faridah, Encik Azman dan tetamu itu, perutnya berasa sungguh sakit dan kadang memulas minta diisi. Yela, dari tengah hari tadi, dia baru nak lunch, ada tetamu. Bagi Ainul Tania, dia memang malas nak hadap tetamu lebih-lebih lagi jika tetamu itu kawan Encik Azman dan Puan Faridah. 

Sudah pukul 5.45 petang..Aduhaii gastrik ni time camni kau datang, aku dahla malas nak pergi makan. Ni kawan Mama tak pernah duduk lama-lama berborak. Kalau kau tidur sini memang nak kena. Sampai malam lah aku tak makan. 

'gruuu...gruuu...' sekali lagi perut Ainul Tania sudah melalak minta diisi.

"Eyyy.. mengada-ngada lah kau ni! Baru tak makan kejap da berbunyi" rungutnya sendirian

Baru sahaja Ainul Tania memusingkan badannya untuk ke dapur. Dia berlanggar dengan seorang manusia yang badan keras macam batu. Badan Ainul Tania seperti melantun, air panas di dalam kettle kaca itu juga turut terjatuh sama... dan... prangggggkkkk... bunyi kaca pecah dan bunyi suara orang menahan kesakitan. 
Puan Faridah. Encik Azman dan Puan Wahida mendengar bunyi-bunyi pelik itu, lalu segera ke dapur. Melihatkan tangan Ainul Tania melecur dek kerana air yang mendidih dan...

Siapa dia manusia yang badan sekeras batu seperti ungkapan Cik Karipap ni? Nantikan!



PART 2

Sambungan daripada PART 1 aka PROLOG
Ainul Tania seperti sudah menjangka apakah yang bakal ditulisnya kepada Admin Beauty & Health. Adakah cubaannya berjaya? Saksikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 2!



Setelah berkurun lama memikirkan ayat yang ingin ditulisnya, akhirnya Ainul Tania sudah mendapat idea bernas yang tak begitu memalukan. Ainul Tania mula menaip dengan pantas agar ideanya bersambung-sambung sekali. 




Selepas beberapa minit menaip, sebuah karangan 200 patah perkataan telah terbina. Sebelum Ainul Tania menyentuh perkataan 'Send', perkara biasa yang dibuatnya adalah menyemak semula karangan yang baru sahaja dibinanya tadi. Dia juga memastikan semua ayat dan perkataannya NORMAL dan FORMAL. Yelah, biasanya orang yang jual ataupun beli online ni bercakap-cakap formal gila. Yang tak formal pun bahasakan diri Sis, Bro.





Ainul Tania : Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Ainul Tania binti Azman, beberapa hari yang lepas, kawan baik saya yang bernama Koggy menawarkan saya produk kecantikan muka Beauty And Health. Katanya di samping mencerahkan muka, dia juga dapat menghilangkan masalah jerawat dalam apa jenis keadaan sekali pun. Mulai dari saat itu, saya telah mendapat inspirasi untuk mencuba produk Admin yang sedang hangat di pasaran. Di samping saya hendak membeli, saya juga di dalam dilemma adakah mahu membeli produk Admin ataupun tidak. Jika saya membeli produk Admin, saya masih belum mendapat kebenaran daripada Mama saya. Nanti takut Mama saya curiga mengapa saya mengeluarkn duit sebanyak 199 ringgit untuk membeli produk Beauty Face Healthy White yang dikeluarkan oleh Beauty And Health SDN. BHD. Jika saya tidak membeli pula, pasti saya akan rasa rugi kerana melepaskan peluang untuk membeli sementara ada promosi beli dua diskaun 50% salah satu. Malah, terdapat banyak feedback yang mengatakan produk yang Admin jual laku, berkesan meghilangkan segala masalah kulit muka dari kulit sensitif dan juga tidak sensitif. Kesimpulan disini, adakah saya diwajarkan untuk membeli produk Admin ataupun tidak?

Ainul Tania hanya tersenyum gembira sambil membaca ayat yang sungguh panjang itu bagi memastikan tiada TYPO yang berlaku. Kemudian dia bertanya kepada dirinya.

"Eh? Kenapa Admin pulak? Aku tak tau dia tu owner dia ke fan page. ahh lantak ah, ada aku kesah? Tak ada TYPO pun dikira satu pencapaian terbaik tau tak?"


Sambil menunggu jawapan daripada Admin Beauty And Health, Ainul Tania memasang Headphone Diaamond Tearznya lalu membuka lagu Hello-ADELE di SAmsung Note 4 nya dengan nada volume tertinggi



"Hello from d other sideeeeeee.........."

Sambil Ainul Tania menyanyi terpekik macam dunia ni dia punya sorang, notification di Samsung Note 4 nya berbunyi.


'Ting'


Ainul hampir menjerit, apabila kesakitan yang dialami gegendang telinganya mendengar deringan bunyi notificationnya itu. Lalu dia segera mengecilkan nada suara telefon bimbitnya. Ainul Tania tersenyum gembira apabila melihat bentuk bulat di Home screennya berprofilekan Beauty & Health. Ainul Tania segera menyentuh, dan ianya...

Beauty And Health : tepuk dada tanya selera


Ainul Tania 
meng'restart' Samsung Note 4 nya itu bagi memastikan Samsungnya tidak berlaku kerosakan apa-apa sehingga mungkin terdapat mesej yang lain masih belum diterimanya. Setelah menutup wifi, mengrestart, power off on balik, bukak battery still tak ada apa perubahan. Hanya mesej daripad whatapps group sahaja diterimanya. Mesej daripada Admin Beauty and Health hanya itu. 'Tepuk dada tanya selera?'


Ainul Tania mula mencarut,

" WTH? Takkan tu je kot dia reply. Weyh Serious ah? Gile bapak kurang ajar.. kot ye pun"


Ainul Tania mulai geram dan hatinya mendengus berapi dan terasa seperti dirinya seorang pelanggan yang bodoh? Ainul tidak puas hati, dia tidak mahu bash direct si Admin tak guna tu, dia cuba mesej WhatApps Koggy. 

Ainul Tania : Koggy! Koggy! Koggy Bear aku!!! Dengarlah ni..aku benci gila duh dengan si bodoh lahanat tu weyh!! Tolong tenangkan aku weyhh!!! BEnci-Benci Benci" 


Ainul Tania menunggu beberapa saat untuk Koggy seen mesejnya, memang itu perangai Koggy, dia tidak akan membiarkan whatappsnya unread. Memanglah, sape je yang WhatApps dia? Aku, Aunt Mila dengan Uncle Johan je. Melihatkan Koggy tak SEEN mesej Ainul, membuatkan dirinya bertambah berapi


Kali ini dia mencabut wayar Headphone Diamond Tears nya, lalu memasangkan wayar Speaker sambil membuka lagu Girl On Fire - Alicia Keys dengan sekuat hatinya sambil mereply mesej Admin Beauty And Healthy. 



Ainul Tania : OI LAHANAT! KAU TAU TAK AKU SIAPA? KAU TAU TAK?? KAU JANGAN INGAT KAU BOLEH TERLEPAS MACAM TU JE TAU! KALAU AKU DAPAT KAU MEMANG AKU SIAT-SIAT KULIT KAU! AKU PANCUNG KEPALA KAU, AKU TIKAM BADAN KAU DENGAN PISAU, AKU TUMBUK TENDANG KAU SEMUALAH KAU APA TAU HAH? KAU JANGAN INGAT KAU PUNYA PRODUK BAGUS SANGAT ADA ORANG NAK BELI? WEYH DREAM ON LA SYAITONN!

Ainul Tania menaip dengan pantas mengalahkan Keyboard Warrior , kali ini dia sudah tidak ambil tahu jika berlakunya TYPO ataupun bahasa kasar yang tidak diingini.Dia hanya mahu, ayatnya yang kejam itu dihantar tepat kepada Admin Beauty And Health yang dia tidak dikenal pasti lelaki atau perempuan.



Sambil menunggu jawapan daripada Admin Beauty and Health, dia menari sambil melompat di atas katil, dia sudah tidak kesah jika rakan lama Mama ataupun jiran tetangga mendengar.Ainul Tania melompat macam orang gila kat atas katil ni. Kalau boleh Ainul Tania hendak menguatkan lagi nada volume di speaker nya itu. Sambil menari, sambil Ainul Tania menjerit mengikuti lirik Girl On Fire, melompat macam orang gila di atas katil.


"Ohhh.. ohh...ohh..ohhh...ohhh.. She got both feet on the ground...And she's burning it down...ohhh...ohhh..ohhh..ohhh...ohhh...she got her head in the cloudss...and she's not baking downn.....THIS GIRLLL ISS ONNN FIREEEEEEEEEEEE"


Ketika Saya menjerit lirik THIS GIRL IS ON FIREE suara notification nya berbunyi menandakan mesej daripada seseorang. Dia panik sehingga tidak dapat mengenal pasti deringan itu deringan untuk WhatApps ataupun Messenger.....Dia segera memperlahankan nada volume, kemudian merapati Samsungnya dengan rasa takut jika Admin Beauty And Health berkata sesuatu. 


"Tulah kau , siapa suruh bodoh sangat jadi keyboard warrior konon. Nak marah dia buat apa... dia tak salah apaaa. Alamaakk takutnyaaaa... Janganlah dia report polis ke"


Tiba-tiba...


Nak tau apa yang terjadi? Nantikanlah... Ainaa pulak yang jadi keyboard warrior asyikkan menaip je cerita ni. Salam.. xoxo Angry Ainaa


PART 1 (PROLOG)

Cerita ini merupakan sebuah cinta Romantis teenagerz zaman sekarang. Seperti anda tahu, dalam setiap cerita mesti ada Hero dan Heroin, sekarang saya akan memperkenalkan Hero dan Heroin bagi cerita ini. 

Hero : Daniel Haqiem, seorang mamat yang agak suka K-Pop iaitu: BTS. Seorang yang sangat kepoh sehingga minah karipap ni benci kat dia. Mummynya bernama Puan Wahida dan Daddynya bernama Encik Anuar. 

Heroin : Ainul Tania, seorang cik karipap, hobinya membuat karipap. Even nampak macam moden, teenager yang biasa-biasa. Tapi sebenarnya dia agak Hipster bila keluar rumah dengan pakai baju T bersama jaket denim dan dibahagian bawah dia sering memakai jeans biru skinny dan boot kuning. Boot ala-ala Phua Chu Kang. 

Jadi.. bismillah..



Di pagi yang indah, teradapat seorang gadis melayu yang berbaju kurung moden sedang berlari keanak-anakan di taman bersama seorang 'jantan' dan 'jantan' itu adalah...

"Prashhhhh" 
Kira-kira segayung air terkena tepat ke Ainul Tania yang nyenyak dibuai mimpi itu
"Bangun..Bangunnn! da pukul berapa ni! anak dara apa ni?" bebel seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an sambil membuka langsir dan tingkap.
"Aduhhh mama ni! Kacau je orang nak mimpi sesedap!!" rungut Ainul Tania seorang diri dalam keadaan mamai 

"Cepat turun makan, lagi 10 minit Mama naik kau tak mandi lagi siap kau!"
_________________________________________________________________________________

“Yup nama aku Ainul Tania, Mama kata nama aku sepatutnya Ainul Hayat yang bermaksud mata kehidupan. Tapi Papa nak jugak letak nama gelfren dia iaitu…Tania.”

Ainul Tania menuruni tangga dengan bergayanya, lalu gedebukkk



"Astaughfirullah al-azim... apa nak jadilah dengan kamu ni Nia?" istighfar Encik Azman sambil menggeleng kepala
_________________________________________________________________________________
"Morning Mama, Papa" ujar Ainul Tania sambil menarik kerusi dengan terjengket-jengket untuk duduk.

"Amboii, morning ye? Matahari tegak atas kepala pun tak sedar dah? Macam mana kalau dunia nak kiamat pun tak sedar lagi, itulah Allah bagi balasan, kutuk Mama kat bilik, itu yang terjatuh tangga, kenapa tak patah riuk je" bebel Puan Faridah sambil mengelap meja makan.


"Yela Mama, Mama dengan Papa jugak yang cadang cat bilik Nia warna merah hitam, kalau Mama nak tahu, warna merah dengan hitam adalah warna yang malap tauu, tapi ini hati masih belum malap lagi woo" jawab Ainul Tania 

"Eh apa Papa pulak yang kena? Mama kamu yang beria, Papa nak letak tema pink putih"
"Abang.. Nia..tak semua warna hitam merah ada jugak warna putih..kan abang??" 
"Aah,, iye iye" angguk Encik Azman bertubi-tubi apabila tangannya digenggam erat.

"Putih? Cadar? Mama ingat tak bendera apa yang muncul masa Nia period aritu"


Puan Faridah terdiam malu..Encik Azman meggeletar menahan ketawa..


Ainul Tania bukannya berniat untuk biadap cuma..memang itu percakapan dia..tetapi dia tidak meninggikan suaranya..dia masih lemah lembut, menghormati pendapat Mamanya.


"Niaa.. nanti kemas meja tau.. Kawan Mama nak datang kejap lagi.."

"Haa?? Kawan Mama?? Niaa makan kat bilik laa heh? Malas ah nak kocoh--kocoh"
"Yelaa..."

Belum sempat Ainul Tania mencedok nasi ke pinggan, bunyi loceng rumahnya kedengaran. Ainul Tania merungut dalam hati kerana masih belum dapat makan dia sudah terkocoh macam anak itik berlari ke atas. 


Sampai masuk saja di bilik, Ainul Tania menghempaskan badannya ke atas katil dengan sekuat hati. 


'Ting..Ting..' bunyi deringan notification


Ainul segera mencapai Samsung Note4 nya lalu membuka applikasi Muka Buku.


"Ainaa Mardhiah Ainas shared Spongebob Fans's photo"
Melihatkan gambar Spongebob yang dishare oleh sepupunya itu membuat moodnya on!



Ainul Tania segera membuka News Feed, dah lama tak bukak FB katakan. Mana tau ada gossip yang dia terlepas ke? Viral buli ke, Viral penculikan ke, malayvines pun okay gak. Setelah melihat vines daripada malayvines,LuqmanPodolski tentang Mak Kau Hijau membuatkan Ainul Tania gelak tak ingat dunia. Sambil itu dia melihat dubsmash Otamblurr , mimik filem P.Ramlee. Sedang Ainul Tania melayan Muka Buku, dia juga tidak lupa membaca comment yang diberi oleh masyarakat. Ada yang positif, ada yang negatif, malah ada yang mempromote produk masing-masing. Nak hot cepat katakan..


"Marilah menggunakan ________ produk, dapat menghilangkan jerawat, blablablabla..."

Membaca comment tentang produk kecantikan, dia teringat produk yang dikata ramai.. malah Koggy pun kata benda yang sama, produk kecantikan tu berkesan..


Ainul Tania mula mencari produk yang dikata itu.


"Beau...ty.... and...heal..th"


Pap ada, yesss. 

"Uyooo, 946,289 likes..kalah Amin Jazali (artis hot) punya likers"

Ainul Tania pun men'liked' Beauty & Health's page. Selesai menekan skrin tertera perkataan like, Ainul Tania memulakan sesi stalk ,  mungkin terdapat produk yang dijual menambat hatinya. Tengah Ainul Tania duk syok stalk, ternampak pulak signboard 'About : Typically replies within minutes, Message Now'





"Wuyooo, admin dia rajin reply. Let we have a try baby" kata Ainul dengan teruja pabila melihat About page Beauty & Health itu


Ainul Tania pun dengan pantasnya pergi ke mesej Admin produk tersebut dengan menggunakan aplikasi Messenger. Kemudian menaip dengan pantas...




"Nak cakap apa heh? Kalau bagi alasan nak beli pun nak tanya apa, dahla aku tak mintak izin Mama dulu sebelum nak beli pun hmmm" ujar Ainul Tania seorang diri


Selepas 2-3 minit termenung, akhirnya Ainul Tania sudah mendapat idea "Teng teng"




Nak tau apa ayat yang mahu dikatakan oleh Ainul Tania?? Nantikanlah... . Salam.. xoxo Angry Ainaa



 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates