PENUNGGU

                                      Prolog

Character
1.       Muhd Roslan – Lan, Ketua Kelas 5A
2.       Ahmad Zaki – Zack, budak nakal kelas 5A
3.       Hakimie – Kimie, lembut dan penari terbaik sekolah
4.       Nur Ain Atiqah – Iqa, penari kesayangan Kimie, kawan baik Kimie
5.       Siti Nur Khadtijah – Kate, budak baru, kawan baik Iqa, penari
6.       Nur Adilah – Dilah, budak kelas 5E, penari
7.       Nurul Najihah – Jiha, kawan Dilah, budak kelas 5E, penari
8.       Miasarah – Mya, budak kelas 5A
9.       Syafiqah – Syaf, budak kelas 5A
10.   Azrul – Arul, budak kelas 5A
11.   Encik Rudi – Guru Kelas 5A, guru Disiplin SMKS3

Di suatu pagi yang indah, burung-burung berkicauan kedengaran satu suara yang kuat bergema di sebuah rumah banglo dua tingkat.

“Zaki! Udah bangunin nak! Kamu udah kelewatan ke sekul” ujar Bibik Onde dengan menggunakan speaker yang diletakkan betul-betul di sebelah telinga Zack

“Apa ni bik? Guna speaker pagi-pagi buta ni? Pecah gegendang telinga aku lah!” tengking Zack geram sambil menutup telinganya dengan bantal

“Bangkit! Cepatin dong, kamu udah kelewatan Zaki”

“Zaki, Zaki panggil aku Zack! Kelewatan menda kau ni Bik oiii!”

“kamu udah kelewatan ke sekul, sekul”

“sekul, sekul! Orang sekolah, ni tidak sekul, sekul.. Eh sekolahhhh!!! Aku dah lambat aduhhhhh kau ni bik asal tak kejut aku?” cemas Zack, bingkas bangun dari katil macam orang gila sambil membuka baju tidurnya.

“udah aku bilangin dari tadi, tak mau dengarin” bebel Bibik Onde sambil mengutip baju tidur Zaki yang dicampak.

“Aduhhh bibikkkk!!! Cepat lah keluarrrr, yang pergi kutip baju tu buat apaaaa? Dah keluar-keluar” ujar Zack sambil menolak Bibik Onde keluar.

‘Pong!’ pintu bilik Zack ditutup kuat.
_____________________________________________________________________________

Zack berlari memasuki pagar sekolah SMKS3, dia pantas menaiki tangga terus ke kelas 5A sebelum Encik Rudi memasuki kelas bagi waktu kedua.

“Yessss!!!! Sampai pun!!” ujar Zack sambil mengangkat tangan kanannya tanda kemenangan.

‘Kringgg’

Encik Rudi memandang Zack tepat, suasana sunyi sepi. Dan tiba-tiba suara Roslan, Ketua Kelas mencelah

“Terima Kasih Encik Rudi”

“Erm baiklah, kamu semua jangan lupa beri kelima-lima nama itu selewat-lewatnya esok”

Encik Rudi tidak memandang Zack mahupun mata. Zack terus melulu duduk di tempatnya.

“Hah nasib baik aku belum hantar kehadiran, pikir kau tak datang”

“Aku bangun lambatlah. Eh Lan, apa yg lima orang-lima orang cikgu cakap tu?”

Belum sempat Roslan menjawab pertanyaan Zack, Hakimie mencelah

“Kem Bersepadu”

“woooooo!!! Abe kimchi kita jawablah”

“Asal kalau aku jawab pun? Ewww geli ker” ujar Hakimie dengan menunjukkan gaya kepondanannya.

“Bukan geli, tapi bodoh. Aku tanya Lan bukan kau lah LEMAU!”
Hakimie mencebik

“Eh Kimie, jomlah nak tak kita join Kem tu” ujar Atiqah yang memusingkan badannya kebelakang menghadap Hakimie.

“Errr actually, Kimie tak suka sangat Kem dekat hutan ni, nanti habis Kimie punya tangan kena gigit nyamuk”  ujar Hakimie dengan manja dan gedik.

“Takut kena gigit nyamuk ke, takut kena baham dengan harimau? Ngaummm” perli Zack sambil meniru gaya bunyi harimau.

“Eyy kau ni tak baik ah cakap camtu kat Kimie, dia lemah semangat tau” ujar Iqa.

“Alaa Kimie, pakailah losyen-losyen yang tak kasi nyamuk gigit tu, takkanlah U tak ada” celah Khadtijah

“Errmmm..nantilah Kimie balik..Kimie fikirkan dulu.. Dun worry it won’t take it long,Okay??”

“Erm ok ok” ujar Iqa dan Kate bersama.


“Bangun!!!!! Selamat Pagi Puan Jamilah!” ujar Roslan dituruti pelajar di kelas 5A

                                      BAB 1

“Cepat, cepat bagi beg kamu” ujar Encik Rudi

“Ehh tunggu-tunggu saya nak keluarkan speaker saya! Iqa!! Jaga tempat I sebelah U tau!!” laung Hakimie dengan manja

“Haihh, apa sajalah kamu ni Hakimie” keluh Encik Rudi

“Okay!!” jawab Atiqah dengan lembut

“Oiii, cepat ah masuk, nak tergayang-gayang dengan aku buat apa duhhh??” perli Adilah dengan kuat

“Eyy sabarlah” ujar Iqa sambil memuncungkan bibirnya
_____________________________________________________________________________

“Alaa Kate, I nak duduk sebelah Iqa” rungut Hakimie

“Oi oi takde maknanya, takkan kau nak biarkan Kate duduk dengan lelaki kot? Kau la duduk sini kan kau tu LELAKI!!” perli Zack dituruti tawa Roslan

“Baiklah diam-diam! semua dah ada? Kita mulakan perjalanan dengan Bismillah” ujar Uncle Jep

Bas itu sudah bergerak, masing-masing membuka telefon bimbit. Ada yang menangkap gambar, ada yang mengupdate status di laman sosial, ada yang buat hal sendiri, ada yang mendengar lagu di earphone. Hanya Kate termenung ke jalan raya sepanjang perjalanan.

Sampai sahaja di selekoh memasuki hutan itu, Kate ternampak seseorang yang memandang tepat ke arahnya, lantas itu dia menjerit sedikit.
Iqa yang sedang tertidur nyenyak di bahu Kate, sedikit terjaga

“kenapa Kate?”

“Takde apa.. err Iqa.. Kita dah sampai”

Bas yang dipandu Uncle Jep berhenti tepat di papan tanda “Kawasan Perkhemahan Sentosa”

“Okay semua!!! Kita da sampai!!” laung Encik Rudi dengan kuat.

Masing-masing mengejut rakan masing-masing. Mengeliat …

“Oi Zack oi! Bangun ah dowh! Semua da keluar dah, ada yang aku tinggalkan kau kang” ujar Roslan

“Hah? Da sampai ke?” ujar Zack dalam keadaan mamai

“Eyyyy weyhhhhh!!! Air liur meleleh duhh! Eyy eyyy!! Zack tidur keluar air liur” jerit Roslan. Kecoh dengan tawa pelajar yang lain.

Semua pelajar bergerak dalam kumpulan masing-masing. Masing-masing memuji keindahan alam.

“Wahhhh!! Bestnyaa!! Sungai dia!! OMG!! Cantiknya!”  jerit Hakimie teruja

“Yelah, sungai cantik. Kau tak cantik!!”

“Eh korang, line kat sini laju gila duh.. siap ada free WiFi! Boek ah” ujar Roslan

“aah la.. bapak laju..”
_____________________________________________________________________________

“Baiklah, setiap kumpulan perlu membina khemah terlebih dahulu. Setelah siap membinaya, setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil bagi mendapatkan kertas arahan” arah Encik Rudi

Masing-masing bekerjasama dalam kumpulan bagi membina khemah. Setelah siap, Kate segera berlari ke Encik Rudi bagi mengambil kertas arahan yang pertama.

“Cepat Kate baca kat sini” laung Roslan

“hah hah kejap” tiba-tiba Kate tergelincir, mujur sahaja Zack menyambutnya.

Masing-masing bertentangan mata, tiba-tiba Roslan mencelah

“Woiiii!!! Toksah cipta drama Hindustan kat situ la weyhh!! Da lambat la bodoh” laung Roslan

Kate dan Zack masing-masing malu dan berjalan seiringan.

“Asal korang ni duh, tengok budak 5C da start dulu.. dah cepat baca apa yg kertas tu nak. Kimie, Iqa get ready” arah Roslan sebagai ketua

“cari kayu api di dalam beg plastik merah dan bina unggun api menggunakan apa cara sekalipun”

Iqa dan Hakimie pantas bergerak dan dalam 2 minit mereka kembali membawa dua plastik merah.

“wahh cepatnya korang dapat” ujar Roslan

“tadi lepas bina khemah kitorang kan basuh tangan kat sungai, ternampak pulak plastik ni”

“tapi kan..kenapa nampak macam mengendur kebawah” ujar Kate dengan sangsi

“arghh lantaklah, janji plastik merah” celah Roslan sambil membuka ikatan plastik tersebut.

“takdelah, sebab kayu api kan..” belum sempat Kate menghabiskan ayatnya

Tiba-tiba… Roslan termuntah-muntah. Diikuti Kimie, Iqa, Kate dan Zack


“weyh asal duh asal dorang tu duh?” tanya ahli kumpulan yang lain.,



                                  Bab 2

Bau busuk dan tenyih semakin membuak. Ahli kumpulan bersebelahan mereka masing-masing termuntah. Encik Rudi yang sedang memeriksa sekitar situ juga tidak tahan.

“Bau apa ni????” ujar Encik Rudi sambil menutup hidung dan mulutnya menggunakan baju
“Astaughfirullah al-azim!!!!!! Bangkai !”
_____________________________________________________________________________

“Baiklah, semua! attention please! Dengan ini saya akan mengumumkan pasukan pertama yang berjaya membina unggun api adalah kumpulan…. 5A! Walau plastik ditemui salah dan masih berasa mual, namun ahli kumpulan mereka Khadtijah tetap mencari, membawa kayu api dan membina dengan sendiri unggun api itu”

Masing-masing bersorak gembira. Kate menunjukkan sedikit reaksi hairan. "eh bila masa aku buat?" Sebagai ganjaran, kumpulan mereka diberi hint pada permainan Treasure Hunt.

“Baiklah semua diberikan masa 1 jam bagi menyediakan makan tengah hari kumpulan masing-masing. Pasukan yang paling cepat siap akan diberi ganjaran yang sama seperti pasukan 5A.”

“Weyh aku tak tau masak” ujar Roslan

“Tula aku pun” ujar Zack tanda setuju kemudian dia memandang ke arah Iqa dan Kate

“Kau jangan ingat kitorang reti sangat okay?” ujar Iqa

“errr saya bolehlah sikit-sikit. Tapi ikan bakar je hehe” celah Kate pula

Roslan, Zack, Iqa dan Kate memandang tepat ke arah Hakimie

“Apa??” ujar Kimie pelik sambil mengipas-ngipas dirinya.
_____________________________________________________________________________

“Eyyy korang ni,, masak pun nak kena ajar ke? Kau ambik bekas pink tepi beg aku tu Iqa” arah Hakimie

“Yess BOSS!!” ujar Iqa bersemangat

“Alaa sorry ea,jangan salah kan kitorng. Kitorng ni lelaki” celah Zack sambil membuat muka tak bersalah.

“Dahtu aku ni apa? Betina? Eyy , asal jantan je, tak pandai masak, aku ni apa” bebel Hakimie seorang diri

“Nah, Kimie. Jangan marah marah” ujar Iqa sambil meletakkan beg berwarna pink itu

“Marah ah, baru je nak jaga tangan aku kasi lembut. Dahla aku lupa bawak losyen aku, dah engkau Kate pergi kupas pastu potong Holand tu.” Bebel Hakimie

“Holand?” tanya Kate

“BAWANG HOLAND!! BAWANG HOLANDDD!!!! Eyyy geramnya akuuuu!!!”

Setelah 45 minit, sebuah Sambal Sardine, nasi putih dan telur dadar telah siap dimasak sempurna.

“CIKGUU!! Kitorang da siap!!” jerit Zack dan Roslan

“Wahh nampak sedap! Siapa yang masak? Kamu ke Nur Ain?” tanya Encik Rudi pada Iqa

“ Eh bukan saya.. ni haaa chef terhandal kita. Kimie” ujar Iqa

“ Wahhh, bak kata nenek saya nak jadi artis kena cantik, nak jadi penari kena pandai 
masak”

“ahak ahak, cikgu jangan puji lebih2 malu I” ujar Kimie sambil memukul lembut bahu Encik Rudi
_____________________________________________________________________________

Selesai sahaja makan tengah hari. Para pelajar bersolat Zohor jemaah. Tinggal sahaja wanita yang datang bulan dan pelajar yang bukan Islam.

Iqa dan Kate mengemas pinggan dan sebagainya. Priya dari pasukan 5B datang tolong kemas sekali.

“Err..Iqa..Kate..can I help u?” ujar Priya dengan malu

Iqa dan Kate memandang antara satu sama lain. Masing tersenyum. Mereka fikir selepas kejadian bangkai busuk, ramai pelajar tidak mahu berkawan dengan mereka lagi…

Dilah yang sedang membasuh pinggan pasukannya merungut benci

“Kau tengok tu Jiha.. tah pape tah si Priya tu nak kawan dgn bangkai”

“Biarlah Dilah..kan dorang memang kawan? Kadang-kadang rehat pun sesama” ujar Jiha

“Susah betul aku cakap dengan kau ni lah! Dah ah! Blah ah kau”

“Eleh… apa kebendalah engkau ni” perli Dilah sambil bangun dan bergerak ke arah khemah

“tengok tu, asal orang cakap sikit da merajuk. Woiiii!!! Tkkan aku nak basuh sorang-sorang kot!!”

Dilah mengapai telefon bimbitnya. “Eh kuat gila line kat sini”

Sedang Dilah melayan media sosial, dia berasa seseorang lalu di khemahnya dan memanggilnya perlahan tetapi suara yang kasar “Dilahh……….”

“Siapa tu?”

Dilah keluar dari khemah. Dia mendapati tiada siapa.

Tiba-tiba, satu tangan menghingap di bahunya.. 

0 comments:

Post a Comment

 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates