“Opah!” kedengaran suara anak kecil
berusia lingkungan puluhan tahun sedang berlari.
Seorang nenek yang sudah tua itu
menyambut sahutan anak kecil itu dengan tersenyum .
“Opah dah wangilah , kenapa nak pakai bedak lagi?”ujar
anak kecil itu dengan manja sambil mencium pipi neneknya itu .
“Orang perempuan kena wangi-wangi. Tapi kena
wangi dengan niat yang baik , jangan dengan niat untuk yang bukan muhrim .” tegur nenek itu lalu
memeluk erat anak kecil itu dengan niat pelukan terakhir buat anak kecil itu
daripadanya.
“Eh Opah demam ke?Tapi badan Opah sejuk, tak
panas pun. Ni mesti Pak Mat tak kecikkan suhu air-cond bilik Opah kan semalam?
Kesian Opah” ujar anak kecil itu sambil melepaskan pelukannya untuk
memandang kearah Opahnya itu.
“Yalah,apa-apa sajalah kamu ni. Cuma,, Opah nak Azeyra janji. Bila Azeyra da
akil baligh nanti, tutuplah aurat sepertimana dihendak oleh Islam. Janji”pesan
nenek itu sambil mencium dahi cucu bongsunya buat kali yang terakhir .
“Erm, baik Opah. Zey janji” janji Azeyra sambil mengenggam erat
tangan Opahnya sehingga semuanya hilang seperti kabus yang ditiup angin .
_____________________________________________________________________________
“Adik, bangun Dik . Kita balik ye?” kedengaran
sayup suara seorang wanita dengan lembut sambil menepuk perlahan anak kecil itu
.
“Ma? Kita kat mana ni? Kenapa kita kat
tanah? Opah mana Ma? Opah mana? Tadi.. tadi adik baru janji dengan Opah.” tanya
anak kecil itu bertubi-tubi sambil melihat sekelilinya.
Bapanya mula memandang ke arah
lain dengan mengetap bibir dan menahan
dengan tangan apabila anak kecil itu menatap sayu . Mata abangnya yang
memandang bawah pula kelihatan mulai berair . Ibunya yang berada di sisinya
sudah tidak tahan sebak melihat anak kecilnya begitu lalu menitiskan air mata
dan hidung ibunya kelihatan merah menyala menahan sebak di dada.
“Adik.. Opah da meninggal semalam.. Ni, kita
kat kubur Opah.. ” ujar Datin Faridah dengan sebak sambil memeluk erat anak
kecilnya itu .
“Ma.. Ma cakap apa ni Ma?? Opah belum pergi,
Adik baru janji dengan Opah tadi . Betul maa.. Adik tak tipu. Badan Opah sejuk,
kesian Opah, adik nak bagi Opah selimut..” ujar Azeyra menggelengkan
kepalanya sambil menggengam tanah tanpa hala tuju .
Datin Faridah kelihatan sudah
tidak mampu menatap mata anak kecilnya itu apabila melihat keadaan mata dan
hidungnya yang begitu teruk . Datuk Rizman memegang bahu isterinya untuk bangun
.
“Adik.. kita balik ye? Kita baca Yaasin
sama-sama untuk Opah malam ni ye dik, ye?” abang
sulungnya, Azril memujuk adiknya sambil mendukung Azeyra ke arah tempat letak
kereta.
“Abang..adik rindu Opah..” ujar Azeyra sambil memaut erat di leher Azril
.
“Abang pun..” balas Azril sambil menahan sebak dengan
menarik nafas sedalam yang boleh dan mencium lembut dahi adiknya. ____________________________________________________________________________
Bab 1
“bip..bip..bip..bip..” jam loceng yang bercorakkan warna zebra itu
segera di tutup.
Hari ini , Azeyra bangun dan
terus memandang ke arah pakaian yang akan dipakai olehnya harini . Hari ini
juga dia akan kotakan janjinya kepada arwah Opahnya yang sudah meninggal dunia
4 tahun lepas . Baju kurung putih dan kain biru cerah kelihatan biasa baginya ,
tetapi tudung sekolah yang putih mulus itu yang akan membawanya semangat baru
untuk mengahadapi hari-hari mendatang.
“Assalamualaikum Mama, assalamualaikum
Papa..” ujar Azeyra sambil menarik kerusi untuk duduk bersarapan .
“Amboi.. manisnya anak mama ni bertudung . Dah
macam muka mama kecik-kecik” puji Datin Faridah sambil menuangkan air ke
cawan suaminya , Datuk Rizman .
“Muka dia aje ..” sindir Datuk Rizman
sambil menyuakan mee goreng ke dalam mulut .
“Eh awak ni . Kalau awak nak tengok muka
awak muda-muda, tunggu lagi sorang yang kat atas tu..” balas Datin Faridah
sambil tersenyum bangga
“Yelaa . Manalah anak saya ni kan tak turun-turun
lagi.” Ujar Datuk Rizman sambil menjegil ke arah isterinya .
Azril
pula senyap-senyap duduk di meja makan sedangkan Papa asyik menjegil mamanya .
"Aril, cepat turun makan sama-sama” jerit
Dato’Rizman tidak mengaku kalah
“Aril kat sini Pa” ujar Azril dengan tenang. Mama dan Azeyra sudah
tidak tahan ketawa.
“Eh
bila kamu ada kat sini? Bukan kamu? Eh?” cemas Dato’ Rizman tidak tentu
arah.
“Sejak Papa pandang Mama la haha” tawa Azril sambil mencedok mee
goreng ke pinggan
“Mama
cantik sangat ni sampai Papa tak perasan abang” gurau Azeyra tidak tahan
ketawa
“Papa diam je, blushing la tu” ujar Azril. Azeyra dan Mamanya tidak
tahan ketawa
“Awak,
jangan lupa harini Hari Ulang Tahun Kematian ibu tau . Kita buat majlis sikit
lepas Maghrib . Ajak yang dekat je .” pesan Datin Faridah sambil
membetulkan tali leher suaminya itu .
“Mana pernah saya lupa . Saya da ajak dua
tiga pekerja saya . Ustaz di masjid yang akan ketuai bacaan Yaasin nanti ” ujar
Datuk Rizman sambil membetulkan butang lengan kemejanya.
“ARIL!! AZEYRA!! Pak Mat cuti , korang naik Papa ye? Cepat sikit!” jerit
Datin Faridah selaku suri rumah keluarga itu . Dah menjadi salah satu
tanggungjawabnya menjaga mereka dengan baik
“Ye Mama! Kejap.” Serentak memberi
jawapan .
Mereka berlari mendapatkan beg
masing-masing dan seraya ke pintu utama . Azeyra dan Azril segera mengikat tali
kasut sekolahnya apabila melihat bapanya sudah memasuki kereta.
“Mama! Nak salam!” jerit Azril sambil
menghulurkan tanggannya .
“TAK ACI!!! Adik dulu!” tolak Azeyra
sambil ‘kiss’ pipi mamanya dan
menyalam .
“Cheh! Asyik dia je nak menang” rungut
Azril apabila melihat Azeyra sudah memasuki kereta
“Ril..tolong
jaga adik, tahan jela dengan perangai dia,adik kamu jugak” pinta Datin Faridah
“Ma..
even perangai dia lagi teruk dari ‘beruk’ , kasih sayang Aril sikit pun tak
berkurang , tau hehe..” ujar Azril sambil mengenyit mata lalu menyalam
ibunya itu dengan lembut
_____________________________________________________________________________
Azeyra turun daripada kereta
mewah itu setelah usai menyalam tangan bapanya . Azeyra menggengam tali beg
sandangnya dengan erat supaya bersemangat untuk berjumpa dengan orang lain .
Dia cuba untuk tidak mengingati apa yang telah berlaku semasa di sekolah lama ,
suara musuhnya itu kedengaran sayup-sayup mengejeknya dahulu . Azeyra segera menggelengkan kepalanya supaya
tidak mengingati kejadian itu semula .
“Eh? Adik naper ni? Tak sihat ke?” ujar
Azril sambil mengusap kepalanya adiknya .
“Hmm.. Adik okay je ,cuma teringat budak
lelaki yang selalu ejek adik dulu”
“Laa.
Pasal tu ke? Kita kan daa pindah? Abang pun nak kena cari kawan baru . Adik
anggap je kita kat Paris sekarng . Dah jauh sampai budak tu tak boleh kejar
adik!” pujuk Azril dengan bangga
_____________________________________________________________________________
Kelas yang akan dimasukinya
adalah 2 Avatari. Azeyra mengambil keputusan untuk duduk di bahagian belakang
kerana belum punyai kekuatan menghadapi mereka yang lain .
“Hai. Meja ni kosong kan? Tempat lain semua
penuh la.?”rungut Maya Maisarah
"Erm!Boleh!” jawab
Azeyra ringkas dengan malu-malu sambil tersenyum .
“Terima kasih . Saya Maya Maisarah . Awak
boleh panggil saya Maya atau Mai je. Saya baru pindah daripada Johor Bahru.” ujar
Maya dengan bangga .
“Wahh! Saya pun baru pindah ke sini . Tapi, saya bukan dari JB .” jawab
Zeyra tersipu.
“Ooo, apa kata kita stop kejap. Sebab borang
pindah sekolah saya masih kosong, lepas ni saya kena hantar. Sorry ye?”terang
Maya sambil menunjuk ke arah borang yang masih kosong itu
“Eh? Aah la, saya pun belum isi lagi. Nasib
awak ingatkan.” belum sempat Azeyra menghabiskan kata, Maya terus meletakkan
jarinya dibibir Azeyra dan menyambung mengisi borang semula. Tidak semena-mena
sekumpulan wanita sedang berbaris di hadapan kami
“Oi budak baru” tanya Marsha perlahan yang berdiri di tengah antara 5
gadis itu.
“Eh kenapa gelap ni? Siapa padam lampu, bukak
cepat!” rungut Azeyra dengan tidak sengaja
“Eyy! Minah ni nak je aku tamparkanlah!
Berani dia buat bodo kat Marsha” jerit Natasha
“Apa yang kecoh-kecoh ni? Duduk tempat
masing-masing . Kamu berlima! Pergi ke kelas sendiri, macam tak ada kelas je!!”
jerit seorang guru lelaki berumur 30-an yg memakai cermin mata
Marsha , Natasha , Fasha , Damia
dan Sheila adalah satu ahli kumpulan wanita yang popular dari segi rupa dan
pasukan sorak .
____________________________________________________________________________
“Girls, cikgu tu panggil kita apa tadi?” tanya
Marsha selaku ketua kumpulan .
“T A K
A D A K E L A S !”jawab
Sheila satu-satu dengan niat supaya angin Marsha tambah.
“Relaks
Marsha, takat cikgu BARU? Dahla tak de kelas dengan spec tebal dia” celah
Fasha
“Fasha,
Fasha , Fasha . Siapa herankan cikgu tu? Now I nak tahu kenapa Pengetua asyik
sebut Nur Azeyra Sofea dengan Zhariff Shakir masa I lalu kat tepi pejabat
tadi??” marah Marsha sambil mengeluarkan sepuntung rokok lalu diletak ke
mulutnya
“Marsha sayang, maybe Pengetua sebut nama yang pindah je? Sape tahu la
kan?” pujuk Natasha sambil menyalakan api di puntung rokok pada mulut
Marsha.
“Nat, kalau bab otak kau number one!” puji
Marsha sambil memetik jari ke arah Natasha.
“Ceh, bodek memanglah” sindir Damia dalam
nada perlahan .
BAB 2
BAB 2
Di dalam kelas 2 Avatari pula,
baru sahaja guru lelaki yang memakai cermin mata tebal itu hendak menulis ,
pintu kelas diketuk .
“Ye! Masuk!” jerit Encik Anwar sambil
menulis namanya dan sedikit biodatanya bagi sesi suai kenal antara murid di
kelas itu. “Maaf cikgu saya lambat. Tayar basikal
pancit.” ujar seorang pelajar lelaki yang mandi peluh.
“Wah! Ni peluh ke air ? Tak pe, awak boleh duduk belakang sebelah
pelajar itu” arah Encik Anwar .
“Okay murid-murid saya akan melantik Azeyra Sofea
dan Zhariff Shakir sebagai AJK kelas kerana mereka dari sekolah yang sama tahun
lepas.” ujar Encik Anwar sambil tersengih.
“ZHARIFF SHAKIR????” mendengarkan nama
itu, Azeyra bagaikan tersentak dari tidur dan terus memandang rakan di sebelah kanannya.
“ Azeyra Sofea.. macam kenal . muka kau
pun macam aku kenal. Macam Zebra hahaha.
Tapi kalini Zebra da masuk Islam kihkihkih” Tawa Zhariff sambil menepuk
meja tanpa reaksi terkejut.
Baru sahaja ingin memulakan hidup
baru, gangguan masa silam menghantui Zeyra lagi !
Akhirnya tiba waktu rehat ,
“Aku nak duduk sebelah kiri kau weyh,
please!” rayu Zeyra sambil menekup tangan Maya.
“Sebelah
kiri aku Hadi laa.” ujar Maya sambil menarik semula tangannya yang dicekup.
“Okay! Aku nak duduk tempat kau, asalkan
budak tu tak duduk sebelah aku.” Pinta Zeyra.
“Kenapa
kau benci dengan Shakir? Dia busuk ke? Kan korang satu sekolah dulu? Ke dulu
korang couple tu yang benci satu sama lain!” jerat Maya bagi langkah
mengorek rahsia mereka.
“Couple? BUKAN-BUKAN! Nanti aku cerita , kat
kelas ke. Tapi bukan sekarang.Please!”
“Okay,
okay. Aku duduk tempat kau, dengan syarat kau cerita apa berlaku okay?? PUAS?!”
“Puas sangat-sangat weyh! Thank You, kau
penyelamat aku!” ujar Zeyra, tersenyum puas.
“Dah! Makan cepat! dah sejuk da mee kau tu!” bebel
Maya sambil menunjuk ke arah mee kari
“Nampaknya misteri akan terungkai tak lama lagi, hahaha” suara Damia
perlahan sambil memicit-micit alat perakamnya itu dan segera menyimpannya
kedalam poket sebelum ahli Greez
tahu.
“Damia! Cepatlah! U ni beli air pun lembap!
Tak perfectionist langsung” perli Marsha.
“Tak perfect? Tengoklah siapa yang ganti
tempat Natasha nanti, heh”ujar Damia ,perlahan.
Di kelas 2 Avatari Azeyra segera
menukar tempat duduknya dengan Maya dengan mengalihkan beg sandangnya dan
buku-buku sebelum Zhariff memasuki kelas itu. Kalau boleh, dia tidak mahu
melihat wajah lelaki itu.
“Hai Hadi?” tegur Zeyra untuk mengenali
lelaki di sebelah kirinya itu dengan lebih dekat.
“Oh
hai Sofea!” balas Hadi dengan senyuman tanda senang berkawan dengan Azeyra.
“Lain kali panggil saya Zey je, kat sekolah lama ramai panggil saya Zey
ataupun Zeyra.” Sambung Azeyra sambil menyusun buku di lacinya.
“PENIPU!” suara yang mencelah itu amat
dikenalinya, Zeyra segera menatap mata lelaki itu
“Laa,
anak manja rupanya! Excuse me, kau tak ada hak nak panggil aku P E N I P U !
OKAY?”
“Dulu
bukan ke dorang panggil kau Zebra sebab warna dengan gaya kau kolot sangat?”
Azeyra tersentak apabila
mendengar perkataan kolot yang disebut oleh Zhariff itu.
“Haah, tapi tak semua! Zebra
lagi okay berbanding A N A K M A N J A!”perli
Zey, berdendam.
“Saya paling pantang murid yang membuat kecoh
di dalam kelas saya” jerit Encik Jaafar sambil menghalakan rotan ke arah
Azeyra dan Zhariff yang sudah terkaku dilayan sebegitu
“Selamat pagi Encik Jaafar” ujar Ketua Kelas, Hadi bagi
mencelah kekecohan itu.
“Selamat
pagi, duduk. Kecuali dua murid itu” ujar Encik Jaafar yg merupakan guru
disiplin
Selesai saja kelas Encik Jaafar,
Azeyra segera duduk dan menghentak meja.
“Tak
guna!! Pasal dia aku kena!” getus
Zeyra dengan geram.
“Asal ni? Relax la. Cikgu Disiplin memang
macam tu, garang tak bertempat?” pujuk Hadi.
“Aku
pun terkejut, dia bawak rotan kot. Nasib dia tak rotan kau”ujar Maya ,
kata-kata itu meyakinkan Maya dan Hadi merupakan rakan baharunya di sekolah ini.
“Hah tuler, nasib jela. Kalau dia libas gak
rotan tu kat aku, aku saman dia sejuta”gurau Azeyra
“jangan lupa 50-50.
Eh,skang waktu cikgu apa?” tanya Hadi sambil melihat Maya
“Cikgu Anwar.” Jawab Maya dengan ringkas
sambil tersenyum melihat jadual waktunya.
“EHH? Dia bukan guru kelas kita ke?” tanya Zeyra bagi mendapatkan
kepastian.
“Aah,tu dia panjang umur .” ujar Maya
sambil menunding ke tingkap gelas di sebelah kanan.
5 minit sebelum loceng berbunyi
,Azeyra mempacking bag sandangnya
bagi membuat persediaan awal sebelum balik. Waktu yang ditunggu-tunggunya akan
tiba. Tiba-tiba ,
“Azeyra Sofea, Zhariff Shakir sebelum kamu
berdua tolong mengumpulkan kerja rumah harini dan menyapu kelas selaku ketua AJK
. Terima kasih kelas” ujar Encik Anwar dengan tenang .
“Sorry Maya, malam kang kau call aku tau” Keluh Zeyra sambil menjegil ke arah Zhariff
yang sedang mengambil penyapu.
“Weyh! Cepatlah hantar buku kat cikgu, minah
lembap!”tengking Zhariff dengan geram sambil memulakan tugas menyapu di
bahagian belakang kelas.
“Sedapnya kau arahkan aku, kau lah yang pergi
hantar ANAK MANJA!!” sindir Azeyra sambil menyusun kerusi meja.
“Apa sebab kau nak suruh aku hantar? Zebra?!” tengking Zhariff dengan nada tinggi dan melangkah ke arah Azeyra.
"Sebabnya kau tu JANTAN! Aku ni perempuan.
Perempuan lelaki pun tak tau beza” perli Zeyra sambil selamba merampas
batang penyapu itu dari Zhariff.
“Okay fine!” ujar Zhariff sambil mengambil buku latihan di atas
meja guru dengan geram
Zhariff hanya merungut seorang
diri apabila melihat Azeyra sudah balik dahulu sebelumnya.
“Baliklah, baliklah. Bagus sangat tinggalkan aku sensorang dengan kunci
bodoh ni. Last-last aku yang kena datang awal esok.” Rungut Zhariff sambil
mengunci pintu bilik darjahnya itu.
Usai sahaja dia mengunci, dia
terdengar satu suara rakaman daripada kelas sebelah iaitu 2 Jupiter. Zhariff
hanya melihat daripada luar akibat terlalu banyak melihat cerita hantu, dia
tidak berani melangkah masuk ke dalam 2 Jupiter lalu mempercepatkan langkahnya
ke tangga sekolah.
Tiba-tiba kerusi tempat duduk
guru terjatuh. ‘Gedegang’ bunyi kerusi guru itu membuatkan Zhariff bertambah
laju berlari ke arah penjuru
Rupanya, terdapat seorang
manusia yang asyik merakam perbualan mereka dari luar kelas 2 Jupiter dan
memasuki kelas itu semula apabila mendapati Zhariff sedar kehadirannya. Sudah tentu Damia . Apakah muslihat
sebenarnya? Adakah rakaman itu buat kumpulan Greez? Sepertinya bukan apabila melihat tingkah laku Damia
akhir-akhir ini.
Di ruang tamu, Rumah Azeyra.
‘let’s Marvin Gaye and get it on,
you got the healing that I want , just like they say it in the song’
“Hello? Maya ke tu” tanya Azeyra sebaik
sahaja dia mengangkat telefon oleh nombor private.
‘dooo..doo..doo’ pemilik
nombor itu segera meletakkan telefon .
“siapa tu dik?” tanya Azril hairan
melihat adiknya yang kebingungan memandang skrin telefon bimbit adiknya yang
bercover zebra itu.
“Tak tahu, private number. Adik ingatkan
kawan adik, sebab dia kata nak telefon malam ni.” Binggung Azeyra menatap
skrin telefon bimbitnya itu .
‘let’s Marvin Gaye and get it on,
you..’
“biar abang yang jawab, adik diam.” Arah
Azril apabila melihat telefon adiknya berdering.
“Siapa ni? Jangan kacau
adik aku, kalau tak aku hentak kepala kau!” tengking Azril tanpa membiarkan
pemilik nombor itu berkata-kata.
“Sorry wrong number, ingatkan number Zey.” Ujar
Maya dengan nada terkejut mendengar suara ancaman daripada Azril .
“Adik, ni kawan adiklaa!” gersah abangnya
akibat malu yang teramat lalu beredar ke atas.
“Hahaha! Maya rupanya , jap aku call kau balik. Ingatkan hantu mana yang
call memalam gini.” Keluh Zeyra apabila mendapati itu ialah rakannya ,
Maya.
Azeyra segera menelefon semula
Mayabagi mengotakan janjinya mengenai kisahnya dengan Zhariff
“Assalamualaikum,ni aku Zey” ujar Azeyra
sebaik sahaja Maya mengangkat panggilan drinya.
“Ye.. tau. Aku dalam trauma mendengar suara
ancaman seorang abang.” gurau Maya
seperti ketakutan .
"HAHAHA! Sorrylah weyh. Tadi kan lepas majlis
ada orang call aku, private number. Tu yang dia semacam tegas tu” terang
Azeyra sebaik mendengar keluhan rakannya itu.
“dahla, cepatlah cerita nanti mak aku perasan
aku tak tido lagi.”ujar Maya , ketakutan.
“Okayla camni ceritanya, dulu aku suka warna
belang hitam putih, so semua barang sekolah aku wrna hitam putih, sampailah Zhariff
panggil aku Zebra , pastu …” panjang lebar Azeyra menceritakan kepada Maya
melalui telefon, rupanya Maya tidak sempat mendengar selanjutnya kerana dia
pergi melepaskan hajatnya dahulu di dalam tandas.
“camni kawan, berak mana nak ajak!” gurau Azeyra.
“Banyaklah kau, aku dah gitau, tapi kau tak
dengar kot. Haha sorry-sorry.Huarghhhh”bebel Maya yang sudah menguap
panjang sebagai tanda hendak masuk tidur.
“k la, kau da
ngantuk. Bye..” kata perpisahan sebelum Azeyra menamatkan panggilan.
Azeyra mula mengingati apa yang
telah berlaku antara Zhariff dengannya ketika di sekolah rendah .
Akhir
October 2014 ,
Setiap
hari yang dilalui Zeyra pasti ceria walaupun setelah kematian Opahnya kerana
dia punyai rakan yang ramai sehinggalah berlakunya satu kejadian yang amat
menyakitkan hatinya . Zhariff Shakir bin Iskandar, nama yang paling dibenci
olehnya. Lelaki itulah yang membuka igauan ngeri buatnya , mimpi ngeri sehingga
sekarang . Ketika Zeyra melangkah memasuki sekolah seperti biasa, dia terdengar
suara-suara yang mengejeknya ‘ZEBRA’
“Weyh korang, kat sekolah ni ada dua
haiwan tau . Tapi aku pelik mana satu Panda? Mana satu Zebra? Opss! Lupa pulak,
bukan ke Si Badak Syamel kelas kita suka Panda? Zebra pula sape? Pasangan ideal
gais” jerit Zhariff Shakir dengan sengaja supaya didengari Zeyra.
Hampir
seluruh murid Tingkatan 1 sudah tahu nama panggilan Azeyra. Azeyra hanya
mendiamkan diri dan berlagak seperti tidak dengar apa-apa. Belum cukup itu,
Zhariff mencari idea untuk membuat Zeyra bertambah geram. Zhariff meletakkan
beberapa ekor katak di dalam beg sandang kesayangannya itu .
“Nasib je aku tak suka lipas , kalau
tak memang nasib kau main kutu lipas.”ujar Zhariff sambil menunggu jeritan
Azeyra apabila melihat katak di dalam beg kesayangannya
Namun,
Azeyra hanya meminta rakan sekelasnya membuang katak itu ke dalam satu bekas
dibuat bukti kepada guru disiplin . Semenjak kes Zhariff dirotan, sudah
seminggu tiada gangguan buat Zeyra . Atas sebab dendam juga, Zhariff langsung
terfikirkan benda jahat walaupun dihalang oleh rakan sekumpulannya kerana ianya
dianggap sudah melebihi batas.
“Hai
korang semua, saya ada satu pengunguman nak dibuat. Ada sorang budak kelas kita
ni, dia punya Opah dah meninggal tau, apa kata kita tanya dia apa sebab Opah
dia meninggal? Dengar khabar pulak, Opah dia meninggal sebab dia . Alamak!
Dalam kelas ni ada pembunuh laa hahahaha!” suara lantang Zhariff terus
menyentak Zeyra dan dengan tidak duga, Azeyra menampar Zhariff , ‘PANG!’ lalu
berkata..
“Kau dengar sini baik-baik! Aku dah
lama sabar dengan kau, dalam dunia ni ada dua benda yang tak boleh bawak gurau
. SATU! Orang yang miskin . DUA! Orang yang dah mati!” jeritan Zeyra sehingga
mengundang 1001 segenap kesepian .
“Kau apahal perempuan nak sepak
aku?” balas Zhariff sambil menarik rambut Zeyra lantas cekak Zebranya itu patah
dua , dan lagi sekali membangkitkan kemarahan gadis itu.
“Kau tanya aku apahal?
Kau tu dah kenapa? Kau jangan ingat aku ni patung kau lepas main campak! Lepas
Zebra , katak pastu Opah aku pulak . Kau tak akan pernah rasa apa yang aku rasa
sebab kau dikelilingi kasih sayang ANAK MANJA!” jerit Zeyra dengan begitu marah
.
Zhariff
membeliakkan matanya terkejut . Terkejut dengan apa yang baru disebut oleh
Zeyra . Perkara tak disangka berlaku lagi, mereka berdua dibawa je Pejabat. Di
situ terdapat beberapa orang guru yang menyoal mereka berbagai soalan .
“Azeyra! Awak tu perempuan buat apa
nak bergaduh , nak saya panggil bapa awak? Atau nak saya viralkan di internet
‘Anak Datuk dan anak Usahawan bergaduh di sekolah’ ?”
“Zhariff Shakir! Mana martabat awak
sebagai seorang lelaki? Tak malu? Buli pelajar perempuan? Harap je lelaki, tapi
DAYUS!”
Kata-kata
yang dilepas oleh guru-guru itu amat mendalam sehingga kini mereka masih
berdendam dan tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi . Zeyra pula masih
rasa bersalah atas kematian Opahnya, walaupun bukan kesalahannya 100% malah
tidak sengaja.
0 comments:
Post a Comment