Ainul Tania seperti sudah menjangka apakah yang bakal ditulisnya kepada Admin Beauty & Health. Adakah cubaannya berjaya? Saksikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 2!
Setelah berkurun lama memikirkan ayat yang ingin ditulisnya, akhirnya Ainul Tania sudah mendapat idea bernas yang tak begitu memalukan. Ainul Tania mula menaip dengan pantas agar ideanya bersambung-sambung sekali.
Selepas beberapa minit menaip, sebuah karangan 200 patah perkataan telah terbina. Sebelum Ainul Tania menyentuh perkataan 'Send', perkara biasa yang dibuatnya adalah menyemak semula karangan yang baru sahaja dibinanya tadi. Dia juga memastikan semua ayat dan perkataannya NORMAL dan FORMAL. Yelah, biasanya orang yang jual ataupun beli online ni bercakap-cakap formal gila. Yang tak formal pun bahasakan diri Sis, Bro.
Ainul Tania : Assalamualaikum w.b.t. Nama saya Ainul Tania binti Azman, beberapa hari yang lepas, kawan baik saya yang bernama Koggy menawarkan saya produk kecantikan muka Beauty And Health. Katanya di samping mencerahkan muka, dia juga dapat menghilangkan masalah jerawat dalam apa jenis keadaan sekali pun. Mulai dari saat itu, saya telah mendapat inspirasi untuk mencuba produk Admin yang sedang hangat di pasaran. Di samping saya hendak membeli, saya juga di dalam dilemma adakah mahu membeli produk Admin ataupun tidak. Jika saya membeli produk Admin, saya masih belum mendapat kebenaran daripada Mama saya. Nanti takut Mama saya curiga mengapa saya mengeluarkn duit sebanyak 199 ringgit untuk membeli produk Beauty Face Healthy White yang dikeluarkan oleh Beauty And Health SDN. BHD. Jika saya tidak membeli pula, pasti saya akan rasa rugi kerana melepaskan peluang untuk membeli sementara ada promosi beli dua diskaun 50% salah satu. Malah, terdapat banyak feedback yang mengatakan produk yang Admin jual laku, berkesan meghilangkan segala masalah kulit muka dari kulit sensitif dan juga tidak sensitif. Kesimpulan disini, adakah saya diwajarkan untuk membeli produk Admin ataupun tidak?
Ainul Tania hanya tersenyum gembira sambil membaca ayat yang sungguh panjang itu bagi memastikan tiada TYPO yang berlaku. Kemudian dia bertanya kepada dirinya.
"Eh? Kenapa Admin pulak? Aku tak tau dia tu owner dia ke fan page. ahh lantak ah, ada aku kesah? Tak ada TYPO pun dikira satu pencapaian terbaik tau tak?"
Sambil menunggu jawapan daripada Admin Beauty And Health, Ainul Tania memasang Headphone Diaamond Tearznya lalu membuka lagu Hello-ADELE di SAmsung Note 4 nya dengan nada volume tertinggi
"Hello from d other sideeeeeee.........."
Sambil Ainul Tania menyanyi terpekik macam dunia ni dia punya sorang, notification di Samsung Note 4 nya berbunyi.
'Ting'
Ainul hampir menjerit, apabila kesakitan yang dialami gegendang telinganya mendengar deringan bunyi notificationnya itu. Lalu dia segera mengecilkan nada suara telefon bimbitnya. Ainul Tania tersenyum gembira apabila melihat bentuk bulat di Home screennya berprofilekan Beauty & Health. Ainul Tania segera menyentuh, dan ianya...
Beauty And Health : tepuk dada tanya selera
Ainul Tania meng'restart' Samsung Note 4 nya itu bagi memastikan Samsungnya tidak berlaku kerosakan apa-apa sehingga mungkin terdapat mesej yang lain masih belum diterimanya. Setelah menutup wifi, mengrestart, power off on balik, bukak battery still tak ada apa perubahan. Hanya mesej daripad whatapps group sahaja diterimanya. Mesej daripada Admin Beauty and Health hanya itu. 'Tepuk dada tanya selera?'
Ainul Tania mula mencarut,
" WTH? Takkan tu je kot dia reply. Weyh Serious ah? Gile bapak kurang ajar.. kot ye pun"
Ainul Tania mulai geram dan hatinya mendengus berapi dan terasa seperti dirinya seorang pelanggan yang bodoh? Ainul tidak puas hati, dia tidak mahu bash direct si Admin tak guna tu, dia cuba mesej WhatApps Koggy.
Ainul Tania : Koggy! Koggy! Koggy Bear aku!!! Dengarlah ni..aku benci gila duh dengan si bodoh lahanat tu weyh!! Tolong tenangkan aku weyhh!!! BEnci-Benci Benci"
Ainul Tania menunggu beberapa saat untuk Koggy seen mesejnya, memang itu perangai Koggy, dia tidak akan membiarkan whatappsnya unread. Memanglah, sape je yang WhatApps dia? Aku, Aunt Mila dengan Uncle Johan je. Melihatkan Koggy tak SEEN mesej Ainul, membuatkan dirinya bertambah berapi
Kali ini dia mencabut wayar Headphone Diamond Tears nya, lalu memasangkan wayar Speaker sambil membuka lagu Girl On Fire - Alicia Keys dengan sekuat hatinya sambil mereply mesej Admin Beauty And Healthy.
Ainul Tania : OI LAHANAT! KAU TAU TAK AKU SIAPA? KAU TAU TAK?? KAU JANGAN INGAT KAU BOLEH TERLEPAS MACAM TU JE TAU! KALAU AKU DAPAT KAU MEMANG AKU SIAT-SIAT KULIT KAU! AKU PANCUNG KEPALA KAU, AKU TIKAM BADAN KAU DENGAN PISAU, AKU TUMBUK TENDANG KAU SEMUALAH KAU APA TAU HAH? KAU JANGAN INGAT KAU PUNYA PRODUK BAGUS SANGAT ADA ORANG NAK BELI? WEYH DREAM ON LA SYAITONN!
Ainul Tania menaip dengan pantas mengalahkan Keyboard Warrior , kali ini dia sudah tidak ambil tahu jika berlakunya TYPO ataupun bahasa kasar yang tidak diingini.Dia hanya mahu, ayatnya yang kejam itu dihantar tepat kepada Admin Beauty And Health yang dia tidak dikenal pasti lelaki atau perempuan.
Sambil menunggu jawapan daripada Admin Beauty and Health, dia menari sambil melompat di atas katil, dia sudah tidak kesah jika rakan lama Mama ataupun jiran tetangga mendengar.Ainul Tania melompat macam orang gila kat atas katil ni. Kalau boleh Ainul Tania hendak menguatkan lagi nada volume di speaker nya itu. Sambil menari, sambil Ainul Tania menjerit mengikuti lirik Girl On Fire, melompat macam orang gila di atas katil.
"Ohhh.. ohh...ohh..ohhh...ohhh.. She got both feet on the ground...And she's burning it down...ohhh...ohhh..ohhh..ohhh...ohhh...she got her head in the cloudss...and she's not baking downn.....THIS GIRLLL ISS ONNN FIREEEEEEEEEEEE"
Ketika Saya menjerit lirik THIS GIRL IS ON FIREE suara notification nya berbunyi menandakan mesej daripada seseorang. Dia panik sehingga tidak dapat mengenal pasti deringan itu deringan untuk WhatApps ataupun Messenger.....Dia segera memperlahankan nada volume, kemudian merapati Samsungnya dengan rasa takut jika Admin Beauty And Health berkata sesuatu.
"Tulah kau , siapa suruh bodoh sangat jadi keyboard warrior konon. Nak marah dia buat apa... dia tak salah apaaa. Alamaakk takutnyaaaa... Janganlah dia report polis ke"
Tiba-tiba...
Nak tau apa yang terjadi? Nantikanlah... Ainaa pulak yang jadi keyboard warrior asyikkan menaip je cerita ni. Salam.. xoxo Angry Ainaa
0 comments:
Post a Comment