Thursday, 17 March 2016

PART 8

'ding...ding...ding'

Telefon bimbit Ainul Tania tidak berhenti berbunyi . Namun, Ainul Tania sudah nyenyak dibuai mimpi.
_________________________________________________________________________________

azan maghrib jelas kedengaran.. 
"Nia!! Nia!! bangun solat!! tak elok tidur memaghrib ni!" laung Puan Faridah dari bawah

Ainul Tania menggosok matanya dan bingkas bangun dari katil. Lukanya di kaki daan tangan sudahberansur pulih.



"Nia!! dah bangun ke belum budak ni!" keluh Puan Faridah

"Ye mama! Nia da bangun.." laung Ainul Tania di birai katil. lalu, segera ke tandas.
_________________________________________________________________________________

Pagi itu, Ainul Tania terbangun. Dia mengapai telefon bimbitnya, melihatkan waktu di telefon bimbitnya, dia segera masuk ke bilik air bagi mencuci muka dan mengambil wudhu'. Dia segera mengapai telukung dan melaksanakan solat Subuh dengan segera.


Usai menunaikan solat Subuh, Ainul Tania membuka mesej di WhatsApp..


as usual, sila klik bagi melihat gmbr sepenuhnya

"Rabu? em okay set.. tapi macam tak syok lah pulak Haziq ngan Kassim takdo"   
________________________________________________________________________________

Ainul Tania menuruni tangga satu persatu, kedengaran seperti Puan Faridah sedng menggoreng sesuatu buat sarapan. 

"Mama!" 

"Oh mak kau!"

"Hahahahaha!"

"eh anak mama.. awalnya bangun.."

"haruslah awal.. semalam Nia tidur lepas isyak kot"

"apa sajalah.. ni hah.. pergi buat air.."

"YES BOSS!!"
_________________________________________________________________________________


"hmm..nasi goreng sedapnya...siapa masak ni"

"eh abang ni.. of course lah saya yang masak.." ujar Puan Faridah sambil mencedokkan nasi ke pinggan Encik Azman

"laa.. bukan Nia yang masak?" 

"Papa ni..nak perli Nia la tu.. yela..yela.. nanti nak dekat kahwin Nia belajarlah masak dengan mama ke masuk kelas ke apa ke.. online pun buleh" bebel Ainul Tania

"banyaklah online kamu.. dah lepas makan terus sidai baju.. tangan kaki semua dah okay kan?" arah Puan Faridah 

"oh wokey wokey.. tapi kan mama..kalau Nia sidai baju..mama kena izinkan Nia pergi out Rabu ni boleh tak?"

"ohh.. ugut mama eh? takpe.. tak payah sidai baju..pergi..pergi dengan kengkwan Nia tu..biar mama yang doakan kamu apa-apa yang tak elok"

Ainul Tania memuncungkan bibirnya tanda protes. Nampak gayanya, dia tidak boleh ke mana-mana la seminggu ni
_________________________________________________________________________________


Ainul Tania mengeluarkan baju yang telah dibasuh dan menempatkan kedalam bakul. 

"Amboi..panasnya cuaca" ujar Ainul Tania sambil meletakkan tangannya seolah sedang memegang matahari.


Dia segera menyidai satu persatu baju..

Sedang dia sidai, dia terperasan ada sehelai baju yang tidak dikenalinya...
_________________________________________________________________________________

"Mama..mama..mama.." ujar Ainul Tania kehulur ke hilir mencari Puan Faridah

"yeee..mama kat sini" jawab Puan Faridah yang sedang membaca surat khabar

"mama Nia nak tanya ni"

"sebelum Nia tanya.. biar mama tanya Nia dulu.. Nia dah habis sidai baju?" 

"Eyy apa mama ni.. ofc la dah..Nia kan power"

"banyaklah kamu punya power..hah nak tanya apa" ujar Puan Faridah sambil menurunkan sedikit cermin matanya.

"Ni siapa punya?" tanya Ainul Tania sambil menghulurkan sehelai baju hitam yang jarang ditemu.

"Ohhh!! Inilah baju................"

Baju apakah, siapakah yang dijumpai Ainul Tania itu? mungkin ia kepunyaan mamat kepoh yang asyik kepoh cakap pasal baju dia? mungkin juga baju baru yang dibelikan Puan Faridah. Mungkin juga pemberian daripada sesiapa sahaja. Semuanya terjwab di Karipap Kepoh PART 9!!!

0 comments:

Post a Comment

 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates