Saturday 6 February 2016

PART 6

Sambungan Part 5!

Apa yang akan berlaku? Adakah Puan Wahida dan Puan Faridah tetap mengetuk pintu itu? Mungkin juga Encik Azman sudah pulang dari kedai? Tidak mungkin Danny dan Ainul Tania hanya membiarkan ibu-ibu kesayangan mereka mengetuk pintu selagi belum roboh. Semuanya ada di dalam Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 6! Saksikan!


“Gedebukkkk” bunyi benda jatuh-pecah-sewaktu dengannya
“Ya Allah! Mama!” jerit Ainul Tania
“Mummy!” jerit Daniel, dalam nada serentak Ainul Tania

_____________________________________________________________________________
“Anak-anak injured, emak-emak dia pun nak injured sama. Ni bukannya filem hindustan asyikkan nak sama je semuanya” bebel Encik Azman yang sedang menyapu luka pada bahagian lutut isterinya
“Mummy, kenapa buat Danny camni? Kitorang tak lock pun pintu tu” ujar Daniel yang sambil memeluk tubuh.
“Kami RISAU! Kamu budak-budak apa tahu?” jerit Puan Faridah dan Puan Wahida serentak bersama
“Apa yang nak dirisaukan kamu ni? Terang-terang dorang kata, tak lock pun pintu tu”
“Abang, ibu mana yang tak risu kalau anak dia boleh diapa-apakan. Lagi-lagi anak perempuan, tunggal pulak tu” bebel Puan Faridah pula. Ainul Tania memang da biasaa dengan perangai kedua ibu-bapanya. Kaki bebel.
Sedang mereka berborak kosong, laungan Azan Asar kedengaran, Ainul Tania meminta diri untuk ke biliknya, bagi menunaikan Solat Fardhu Asar. Stop stop! Jangan ingat 'ohh baiknya budak ni solat awal waktu' sbrnya dia pun sama jugak acam kita solat lambat waktu tapi tak tau lah kenapa dia dah insaf. :/  
____________________________________________________________________________
Usai membaca doa,  Ainul Tania membuka telukung dan melipat sejadah birunya. Baru sahaja Ainul Tania ingin keluar daripada biliknya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat satu mesej

“Siapa yang rajin mesej petang-petang ni. Koggy? Memang confirm dia tengah berdengkur kat rumah”
Ainul Tania segera mendapati telefon bimbitnya itu.
Baru sahaja Ainul Tania ingin membuka button lock di sebelah kanan telefon bimbitnya, Puan Faridah menjerit terlolong, “Niaa!! Dorang nak balik! Turun cepat, salam!”
Terbatal terus niat suci murni Ainul Tania. Ainul Tania turun ke bawah dengan segera. Hatinya rasa tak puas hati “Kenapa nak balik? Duduk la lama sikit”
Ainul Tania menyalam Puan Wahida ,
“Jaga diri baik-baik nanti Aunty datang lagi, dengan semua ahli keluarga Aunty” kata Puan Wahida sambil tersenyum sinis.
Dia tidak tahu ingin memberi respon yang bagaimana. Jeling? Senyum? Huh, TAK PAYAH DTG LAGILAH!
_____________________________________________________________________________
Ainul Tania melihat sahaja kereta Audi itu berlalu pergi. Dalam hatinya berkata.

“Eleh, berlagak je. Nak menunjuk! Benci! Benci!”
“Dahla Nia, yang pergi biarlahkan pergi, yang bersepah kat dapur tu janganlah dibiarkan!” perli Puan Faridah
“Yela..”
Ainul Tania hanya mendengus kegeraman ketika membersihkan kaca-kaca yang berselerak di dapur.
“Bukannya Nia yang buat, tu hah! Si anak Tan Sri yang pecahkan! Suruhlah dia ganti! Meluat”
Sedang Ainul Tania membersihkan kaca yang bertaburan di lantai.
usai Ainul Tania menyapu kaca yang pecah itu, perutnya berbunyi mintak diisi, hampir 24 jam perutnya tidak diisi lagi.

Ainul Tania bergerak ke meja makan, dan...

"Auchhhhh!!!!!!"



"Kenapa Nia???" jerit Puan Faridah daripada tingkat atas

" Mama datanglah sini, nanti kalau Nia dah pergi mama tak sempat nak tengok" 


" Amboi kamu kata kamu nak pergi macam da banyak sangat amalan nak dibawa ke akhirat. Jangan ingat karipap kamu nak tolong kamu nanti kalau asyikkan perangai mengada-ngada macam ni. Solat akhir waktu, lepas Subuh tidur, eyy kalau Mama lah taknak mama jadikan kamu menantu, entah apalah perangai baik kamu sampai Wahida terpikat nak jadikan menantu " bebel Puan Faridah

"Apa ma? Siapa nak jadi menantu?" celah Ainul Tania

"Tak de siapa! Ni mana yang luka ni?" 

"dekat tapak" 

Puan Faridah segera mengapai first aid kit yaang tidak jauh darinya...
_____________________________________________________________________________

Ainul Tania menaiki anak tangga satu persatu dengan bantuan ibunya, Puan Faridah.

"Itulah lain kali sapu betul-betul jangan main jalan je, tengok sekarang siapa yang susah?"

"mama jugak...." sambung Ainul Tania, memang itu sahaja ayat yang digunakan Puan Faridah.

_____________________________________________________________________________

Ainul Tania membaringkan dirinya terkujur di atas katil. 

"Dah, jangan banyak gerak, nanti luka susah nak cantum"

"mama..terima kasih" ujar Ainul Tania perlahan

"Yelah.."

*pintu biliknya ditutup*



Ainul Tania hampir terlupa akan mesej yang menarik perhatiannya tadi. Siapa sebenarnya yang menghantar mesej itu? Mungkin Koggy, boleh jadi juga mesej daripada Admin Beauty & Health.  Nantikan! Cik Karipap dan Mamat K-Poh Part 7 AKAN DATANG!!

2 comments:

  1. mne part 7? tashabarnyaaaa!!! :( tbh,best kipidap dongibap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss!! 5 march? omg! i'm sorry forr keept u waiting..btw.. skrg da masuk PART 9 dah! hehehe!! btw..thank u for supporting me! v3 (eh how to make love emoji use v and 3 isn't?)

      Delete

 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates