Thursday 4 February 2016

PART 1 (PROLOG)

Cerita ini merupakan sebuah cinta Romantis teenagerz zaman sekarang. Seperti anda tahu, dalam setiap cerita mesti ada Hero dan Heroin, sekarang saya akan memperkenalkan Hero dan Heroin bagi cerita ini. 

Hero : Daniel Haqiem, seorang mamat yang agak suka K-Pop iaitu: BTS. Seorang yang sangat kepoh sehingga minah karipap ni benci kat dia. Mummynya bernama Puan Wahida dan Daddynya bernama Encik Anuar. 

Heroin : Ainul Tania, seorang cik karipap, hobinya membuat karipap. Even nampak macam moden, teenager yang biasa-biasa. Tapi sebenarnya dia agak Hipster bila keluar rumah dengan pakai baju T bersama jaket denim dan dibahagian bawah dia sering memakai jeans biru skinny dan boot kuning. Boot ala-ala Phua Chu Kang. 

Jadi.. bismillah..



Di pagi yang indah, teradapat seorang gadis melayu yang berbaju kurung moden sedang berlari keanak-anakan di taman bersama seorang 'jantan' dan 'jantan' itu adalah...

"Prashhhhh" 
Kira-kira segayung air terkena tepat ke Ainul Tania yang nyenyak dibuai mimpi itu
"Bangun..Bangunnn! da pukul berapa ni! anak dara apa ni?" bebel seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an sambil membuka langsir dan tingkap.
"Aduhhh mama ni! Kacau je orang nak mimpi sesedap!!" rungut Ainul Tania seorang diri dalam keadaan mamai 

"Cepat turun makan, lagi 10 minit Mama naik kau tak mandi lagi siap kau!"
_________________________________________________________________________________

“Yup nama aku Ainul Tania, Mama kata nama aku sepatutnya Ainul Hayat yang bermaksud mata kehidupan. Tapi Papa nak jugak letak nama gelfren dia iaitu…Tania.”

Ainul Tania menuruni tangga dengan bergayanya, lalu gedebukkk



"Astaughfirullah al-azim... apa nak jadilah dengan kamu ni Nia?" istighfar Encik Azman sambil menggeleng kepala
_________________________________________________________________________________
"Morning Mama, Papa" ujar Ainul Tania sambil menarik kerusi dengan terjengket-jengket untuk duduk.

"Amboii, morning ye? Matahari tegak atas kepala pun tak sedar dah? Macam mana kalau dunia nak kiamat pun tak sedar lagi, itulah Allah bagi balasan, kutuk Mama kat bilik, itu yang terjatuh tangga, kenapa tak patah riuk je" bebel Puan Faridah sambil mengelap meja makan.


"Yela Mama, Mama dengan Papa jugak yang cadang cat bilik Nia warna merah hitam, kalau Mama nak tahu, warna merah dengan hitam adalah warna yang malap tauu, tapi ini hati masih belum malap lagi woo" jawab Ainul Tania 

"Eh apa Papa pulak yang kena? Mama kamu yang beria, Papa nak letak tema pink putih"
"Abang.. Nia..tak semua warna hitam merah ada jugak warna putih..kan abang??" 
"Aah,, iye iye" angguk Encik Azman bertubi-tubi apabila tangannya digenggam erat.

"Putih? Cadar? Mama ingat tak bendera apa yang muncul masa Nia period aritu"


Puan Faridah terdiam malu..Encik Azman meggeletar menahan ketawa..


Ainul Tania bukannya berniat untuk biadap cuma..memang itu percakapan dia..tetapi dia tidak meninggikan suaranya..dia masih lemah lembut, menghormati pendapat Mamanya.


"Niaa.. nanti kemas meja tau.. Kawan Mama nak datang kejap lagi.."

"Haa?? Kawan Mama?? Niaa makan kat bilik laa heh? Malas ah nak kocoh--kocoh"
"Yelaa..."

Belum sempat Ainul Tania mencedok nasi ke pinggan, bunyi loceng rumahnya kedengaran. Ainul Tania merungut dalam hati kerana masih belum dapat makan dia sudah terkocoh macam anak itik berlari ke atas. 


Sampai masuk saja di bilik, Ainul Tania menghempaskan badannya ke atas katil dengan sekuat hati. 


'Ting..Ting..' bunyi deringan notification


Ainul segera mencapai Samsung Note4 nya lalu membuka applikasi Muka Buku.


"Ainaa Mardhiah Ainas shared Spongebob Fans's photo"
Melihatkan gambar Spongebob yang dishare oleh sepupunya itu membuat moodnya on!



Ainul Tania segera membuka News Feed, dah lama tak bukak FB katakan. Mana tau ada gossip yang dia terlepas ke? Viral buli ke, Viral penculikan ke, malayvines pun okay gak. Setelah melihat vines daripada malayvines,LuqmanPodolski tentang Mak Kau Hijau membuatkan Ainul Tania gelak tak ingat dunia. Sambil itu dia melihat dubsmash Otamblurr , mimik filem P.Ramlee. Sedang Ainul Tania melayan Muka Buku, dia juga tidak lupa membaca comment yang diberi oleh masyarakat. Ada yang positif, ada yang negatif, malah ada yang mempromote produk masing-masing. Nak hot cepat katakan..


"Marilah menggunakan ________ produk, dapat menghilangkan jerawat, blablablabla..."

Membaca comment tentang produk kecantikan, dia teringat produk yang dikata ramai.. malah Koggy pun kata benda yang sama, produk kecantikan tu berkesan..


Ainul Tania mula mencari produk yang dikata itu.


"Beau...ty.... and...heal..th"


Pap ada, yesss. 

"Uyooo, 946,289 likes..kalah Amin Jazali (artis hot) punya likers"

Ainul Tania pun men'liked' Beauty & Health's page. Selesai menekan skrin tertera perkataan like, Ainul Tania memulakan sesi stalk ,  mungkin terdapat produk yang dijual menambat hatinya. Tengah Ainul Tania duk syok stalk, ternampak pulak signboard 'About : Typically replies within minutes, Message Now'





"Wuyooo, admin dia rajin reply. Let we have a try baby" kata Ainul dengan teruja pabila melihat About page Beauty & Health itu


Ainul Tania pun dengan pantasnya pergi ke mesej Admin produk tersebut dengan menggunakan aplikasi Messenger. Kemudian menaip dengan pantas...




"Nak cakap apa heh? Kalau bagi alasan nak beli pun nak tanya apa, dahla aku tak mintak izin Mama dulu sebelum nak beli pun hmmm" ujar Ainul Tania seorang diri


Selepas 2-3 minit termenung, akhirnya Ainul Tania sudah mendapat idea "Teng teng"




Nak tau apa ayat yang mahu dikatakan oleh Ainul Tania?? Nantikanlah... . Salam.. xoxo Angry Ainaa



1 comments:

 

novel? novel. Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates